• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pencipta kandungan Tiktok ada cara baru jana pendapatan, syaratnya sangat mudah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:14 pm
  • 24/05/2022
  • Komen
Pencipta kandungan Tiktok ada cara baru jana pendapatan, syaratnya sangat mudah
Share on FacebookShare on Twitter

Setakat ini, pengguna di Tiktok boleh dapatkan wang melalui platform itu dengan dua cara. Pertama adalah melalui Creator Fund, namun ia tersedia di Negara tertentu sahaja, tiada di Malaysia. Kedua, Tiktok ada sediakan ciri Gifting untuk pengguna dapatkan wang melalui live. Jadi, anda bolehlah tunjukkan sokongan anda kepada pencipta kandungan yang anda suka dengan memberikan hadiah maya kepadanya. Kemudian, pencipta kandungan boleh tukarkah hadiah itu kepada wang.

Bukan itu sahaja, kini Tiktok ada memperkenalkan cara baru untuk pencipta kandungan memperolehi wang melalui ciri Live Subscription. Dengannya, pencipta boleh beralih ke mod sembang eksklusif dengan pelanggan melalui ciri Subscriber-Only Chat. Faedah lain yang bakal diperolehi pelanggan ialah mereka akan menerima satu lencana. Ia akan dipaparkan di sebelah nama mereka pada profil. Lencana itu akan dinaik taraf dari semasa ke semasa. Selain itu, pelanggan turut diberikan akses kepada Emote eksklusif yang direka khas oleh pencipta untuk digunakan semasa sesi live.



Anda rasa, berbaloi tak faedah semua ini selepas langganan dilakukan? Tiktok tidak kongsikan harganya, tapi ciri yang paling saya rasa berbaloi ialah mod sembang eksklusif. Dari situ, bolehlah penonton tanya sebarang soalan dan sudah pasti pencipta kandungan akan menjawabnya. Dibandingkan dengan bertanya soalan melalui live atau pun komen, adakalanya pencipta kandungan tidak menjawab semua dek kerana terlalu banyak soalan yang diajukan oleh ramai orang.

Untuk akses ciri ini, pencipta kandungan harus mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pengikut. Umur pula hendaklah sekurang-kurangnya 18 tahun. Usia yang sama juga diperlukan bagi penonton yang mahu melanggan. Menurut Tiktok, setakat ini ciri langganan ini hanya tersedia kepada pencipta melalui jemputan. Tapi ia akan dikembangkan secara global dalam beberapa bulan akan datang. Jika anda sudah terbayang untuk gunakan ciri ini, pastikan anda bersedia dengan kandungan yang menarik supaya ramai yang akan melanggan akaun anda.



[Sumber: MalayMail, Tiktok]

[Sumber gambar: Empirenewsafrica]

Bacaan berkaitan

  • Pengguna TikTok boleh jana wang lebih mudah dengan had muat naik video baru
  • Instagram kini pentingkan kredit kepada pencipta kandungan, video dari Tiktok akan kurang diberi ruang
  • Tiktok panjangkan tempoh video meskipun pengguna alami tekanan menonton, ini sebabnya
Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Pencipta kandungan Tiktok ada cara baru jana pendapatan, syaratnya sangat mudah

Pencipta kandungan Tiktok ada cara baru jana pendapatan, syaratnya sangat mudah

24 May 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN