• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Pengguna TikTok boleh jana wang lebih mudah dengan had muat naik video baru

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:17 pm
  • 01/03/2022
  • Komen
Pengguna TikTok boleh jana wang lebih mudah dengan had muat naik video baru
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah dilaporkan sebelum ini TikTok ada menguji had muat naik video yang lebih panjang dari 5 minit. Kini, syarikat itu umumkan bahawa mereka memperluaskan panjang maksimum untuk muat naik video kepada 10 minit untuk semua pengguna.

Seperti yang dikongsikan oleh penganalisis media sosial, Matt Navarra di Twitternya, dia ada menunjukkan notifikasi yang diterima tentang kemaskini ini di dalam aplikasi. Dinyatakan di situ, pengguna perlu pastikan Tiktok yang digunakan adalah versi terkini untuk mencuba ciri ini.



TikTok creeping in on YouTube territory

I can now upload videos up to 10 minutes long pic.twitter.com/P2Mbf4ygWV

— Matt Navarra (@MattNavarra) February 28, 2022

Navarra berkata video panjang akan memudahkan pengguna untuk menjana wang dan dapat kekalkan pengguna di platform itu lebih lama. Tapi, seperti laporan tinjauan sebelum ini, didapati pengguna alami tekanan menonton video lebih dari satu minit, kerana tidak boleh tumpukan perhatian dalam masa yang lama. Namun, Tiktok masih panjangkan tempoh video untuk membolehkan mereka menjual lebih banyak iklan.

Sekiranya video yang dimuat naik mampu menarik perhatian pengguna, mungkin mereka boleh kekal menontonnya walaupun tempoh video panjang. Jika sebaliknya, ada kemungkinan pengguna akan bosan dan berhenti melayari aplikasi itu. Pengguna juga kini ada banyak pilihan platform untuk tonton video pendek, contohnya Reels di Instagram dan Facebook serta Shorts di YouTube, maka mereka boleh beralih ke sana.



Dari segi kebaikannya, pengguna tak perlu lagi buat video sambungan apabila muat naik kandungan yang panjang. Penonton juga tak perlu tunggu sambungan video bahagian kedua sehinggalah bahagian akhir untuk ketahui pengakhiran video yang disediakan oleh pencipta kandungan. Bahkan, tak perlu lagi bersusah payah kunjungi profil pencipta kandungan, untuk cari sambungan video yang dikongsikan.

Dalam masa yang sama, kemaskini ini juga merupakan peluang Tiktok untuk luaskan lagi peringkat usia pengguna di platform itu. Contohnya, apabila ada tarikan video panjang, maka ia akan menarik minat penonton dari kalangan peringkat umur yang lebih tua untuk menonton. Hal ini kerana, usia tersebut sudah biasa menonton format video panjang seperti yang disediakan di Youtube.

Nampak seperti usaha Tiktok ini dilakukan untuk bersaing dengan Youtube, kerana platform itu terkenal dengan kandungan video panjang dan ia diguna oleh ramai orang. Dengan peningkatan had maksimum di Tiktok, tentu ramai yang akan mencipta akaun untuk menonton video sekaligus mengambil peluang untuk jana pendapatan.

Perkara ini pasti beri ancaman pada platform lain seperti Instagram, Facebook dan Youtube. Sebelum ini, ketiga-tiga media sosial itu telah pun tunjukkan rasa terancam mereka, dengan mencipta ciri video pendek sama seperti Tiktok. Mungkin ia dilakukan kerana mereka bimbang jika kehilangan pengguna, disebabkan Tiktok mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai. Apabila ada had maksimum 10 minit ini, mungkin satu hari nanti Instagram dan Facebook pula akan muncul dengan kemampuan muat naik video panjang. Manakala Youtube pula, mungkin akan bekalkan pengguna dengan alat suntingan video seperti yang ada di Tiktok sekarang.

[Sumber: TheVerge]

Bacaan berkaitan

  • Tiktok panjangkan tempoh video meskipun pengguna alami tekanan menonton, ini sebabnya
  • TikTok Stories digabung dengan video biasa, ini cara bezakannya
  • TIPS: Cara lindungi privasi di media sosial
Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Pengguna TikTok boleh jana wang lebih mudah dengan had muat naik video baru

Pengguna TikTok boleh jana wang lebih mudah dengan had muat naik video baru

1 Mac 2022
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
5 info menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d, satelit pemancar terbaharu Astro

5 info menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d, satelit pemancar terbaharu Astro

20 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER