Canon telah mengumumkan dua kamera baharu dalam keluarga EOS R. Uniknya pada EOS R7 dan R10 adalah mereka adalah dua model pertama dalam siri R yang guna pakai sensor APS-C.
Canon EOS R7
EOS R7 adalah model yang lebih tinggi spesifikasinya berbanding satu lagi. Fizikalitinya sama saja dengan model EOS R lain.
Sedikit perbezaan yang mungkin anda akan perasan adalah pada roda kawalan. Ada dua roda kawalan hadir pada kamera ini, saut di atas berhampiran butang pengatup dan satu lagi disekalikan bersama “puting” kawalan. Ini adalah konsep baharu yang ditampilkan Canon.
Lain-lain butang nampaknya adalah butang biasa. Di bahagian dalam, camera ini diberikan sensor 32MP, berkemungkinan besar sensor yang sama menguasakan EOS M7 yang mereka perkenalkan dalam tahun 2020 dulu. Tambah menarik, EOS R7 ada penstabil imej dalam badan (IBIS) sehingga 5-stop.
Untuk kegunaan video, EOS R7 mampu merakam sehingga 4K60.
Beralih ke belakang, ia ada panel LCD 3” dengan resolusi 1.62MP manakala EVF-nya menggunakan panel OLED pada resolusi 2.36MP dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Sebanyak 2 slot kad SD diberikan untuk mengambil gambar ataupun merakam video.
Antara port I/O yang boleh ditemui adalah USB-C, jek mikrofon 3.5mm, dan jek headfon 3.5mm.
Canon EOS R10
EOS R10 boleh dilihat sebagai tahap entry kepada siri EOS R. Kamera ini dilengkapi sensor 24.2MP yang banyak digunakan dalam siri EOS-M sebelum ini. Namun sistem autofokusnya dikatakan telah ditambah baik untuk separas dengan model-model EOS R lain.
EOS R10 juga boleh merakam pada resolusi 4K60 namun akan ada crop factor setinggi 1.56x. Sudahlah APS-C sudah ada 1.5x, ditambah pula 1.56x daripada video, jumlah crop factor adalah melebihi 3.00x, sesuatu yang memang telah lama dirungut pengguna Canon sejak awal-awal pengenalan siri EOS-R lagi.
EVF kamera ini sama seperti EOS R7 iaitu OLED 2.36MP dengan kadar segar semula 120Hz. Panel LCD di bahagian belakang boleh dikilas dan sebesar 3” dengan resolusi 1.04MP.
Port I/O lebih kurang berbanding EOS R7. Anda dapad USB-C, jek mikrofon 3.5mm, dan mikro HDMI sahaja. Slot kad SD pula cuma ada 1.
Lensa RF-S yang baharu
Penggunaan sensor APS-C yang lebih kecil bermakna Canon boleh hasilkan lensa yang lebih kecil. Makanya, Canon turut memperkenalkan 2 lensa baharu dalam siri RF-S. Sebagai permulaan, ia adalah dalam kategori kit lens yang bermakna ia mencakupi julat fokal yang agak luas.
Lens pertama adalah RF-S 18-45mm F4.5-6.3 IS STM manakala lens kedua adalah RF-S 18-150mm IS STM.
Ia tidaklah bermakna EOS R7 dan R10 tidak boleh menggunakan lensa sedia ada. Mereka masih boleh gunakan lensa berkaki RF tapi akan ada faktor crop 1.5x dan lensa EF dan EF-S masih lagi boleh digunakan dengan syarat ia ditambat pada adapter khas.
Harga
Masih tidak diketahui bilakah Canon akan mula menjualnya. Tapi berikut adalah senarai harganya untuk pasaran A.S sana:
- EOS R10 (badan) – USD980 (RM4,304)
- EOS R10 + RF-S 18-45mm – USD1,099 (RM4,827)
- EOS R10 + RF-S 18-150mm – USD1,379 (RM6,057)
- EOS R7 (badan) – USD1,499 (RM6,584)
- EOS R7 + RF-S 18-150mm – USD1,899 (RM8,341)
Layari laman rasmi Canon EOS R7 dan EOS R10 untuk maklumat lanjut.