• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MHflyPass ASEAN, pas terbang murah Malaysia Airlines di Asia Tenggara tanpa sekatan tarikh dan pelbagai keutamaan

  • OLEH Najib
  • 11:43 am
  • 25/05/2022
  • Komen
MHflyPass ASEAN, pas terbang murah Malaysia Airlines di Asia Tenggara tanpa sekatan tarikh dan pelbagai keutamaan
Share on FacebookShare on Twitter

Jika AirAsia ada pas terbang tanpa had iaitu AirAsia SUPER+, Malaysia Airlines (MAS) juga tidak terlepas menawarkan pas yang hampir serupa. Dikenali sebagai MHflypass, ia menyediakan tiga kali penerbangan pergi pulang dalam setahun, pada harga yang sangat menarik.

Terkini, MAS melancarkan pas baru MHflypass ASEAN. Ia menawarkan tiga kali penerbangan pergi pulang di dalam negara-negara ASEAN. Berbeza dengan pas AirAsia SUPER+, tiada had masa untuk membeli pas ini dan ia boleh dibeli bila-bila masa. Tetapi pas ini perlu digunakan dalam tempoh setahun dari tarikh pembelian.



Harga jualan

Perlu diketahui, harga pas MHflypas ini tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj dan lain-lain caj. Pas ini juga boleh dibeli oleh ahli Enrich sahaja. Jika belum menjadi ahli Enrich, boleh mendaftar secara percuma dahulu di laman web Enrich.

Terdapat tiga jenis pas MHflypass dijual. Ia berbeza mengikut zon, atau lokasi penerbangan iaitu:



Zon 1 – DARI Kuala Lumpur KE Jakarta, Medan, Surabaya, Singapura, Bangkok, Phuket, Ho Chi Minh, Phnom Penh, dan Yangon.​

Zon 2 – DARI Kuala Lumpur KE Manila, Hanoi, dan Bali.

Zon 3 – DARI mana-mana lokasi ASEAN (termasuk Manila, Hanoi, dan Bali) KE mana-mana lokasi ASEAN (termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak, serta melalui Kuala Lumpur)

Harga jualan pas ini pula adalah seperti berikut:

  • Zon 1 – RM1,499
  • Zon 2 – RM2,099
  • Zon 3 – RM2,699

Tetapi MAS memberikan diskaun RM200 sebagai pengenalan kepada pas baru ini, untuk pembeli dari sekarang sehingga 5 Jun 2022. Harga selepas diskaun masa terhad ini adalah seperti berikut

  • Zon 1 – RM1,499 RM1,299
  • Zon 2 – RM2,099 RM1,899
  • Zon 3 – RM2,699 RM2,499

Jika berminat, boleh mula membuat pembelian di laman web Journify Shop Malaysia Airlines.

Kelebihan MHflypass ASEAN

MAS menawarkan banyak kelebihan untuk pemegang pas MHflypass ASEAN. Kelebihan-kelebihan tersebut adalah:

  • Keutamaan daftar masuk
  • Keutamaan naik pesawat
  • Keutamaan daftar masuk bagasi
  • Pilihan kerusi standard
  • Tiada tarikh sekatan (tertakluk kepada kesediaan tempat duduk)
  • Pilihan naik pesawat ‘Go Show‘ lebih awal tanpa had (hanya untuk hari yang sama, tertakluk pada kesediaan tempat duduk)
  • Pertukaran tarikh tanpa had (tertakluk pada kesediaan tempat duduk)
  • Elaun bagasi ekstra: daftar masuk 35kg dan kabin 7kg
  • Snek/makanan dan minuman percuma
  • Terima sehingga 2,699 mata Enrich

Jika anda terbang ke sekitar ASEAN 3 kali setahun, pas MHflypass ini memang sangat berbaloi dengan banyak kelebihan diberikan. Boleh dikatakan, ia juga lebih murah daripada harga tambang penerbangan kos rendah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MHflypass ASEAN. Anda juga boleh baca lebih banyak tentang pas ini di ruang soalan lazim (FAQ) di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Pas AirAsia SUPER+: Cara tempah tiket penerbangan, kegunaan insuran COVID-19 & penghantaran makanan tanpa had
  • MAS perkenal MHFlyPass, pas untuk terbang sehingga 6x setahun tanpa sekatan tarikh
Tags: enrichMalaysia AirlinesMASMHflypassMHflypass ASEAN
Najib

Najib

POPULAR

MHflyPass ASEAN, pas terbang murah Malaysia Airlines di Asia Tenggara tanpa sekatan tarikh dan pelbagai keutamaan

MHflyPass ASEAN, pas terbang murah Malaysia Airlines di Asia Tenggara tanpa sekatan tarikh dan pelbagai keutamaan

25 May 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER