• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Google

Google Docs kini ada cara mudah & cepat untuk tukar format perkataan tertentu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:12 pm
  • 26/05/2022
  • Komen
Google Docs kini ada cara mudah & cepat untuk tukar format perkataan tertentu
Share on FacebookShare on Twitter

Google kongsikan satu ciri baru yang bakal memudahkan dan percepatkan kerja anda menyunting dokumen di Google Docs. Pengguna kini dibenarkan untuk pilih banyak teks yang berada jauh antara satu sama lain sekaligus, kemudian lakukan suntingan yang sama kepadanya. Contohnya padam, salin, tampal atau tukar format pada semua pilihan tersebut.

Seperti contoh di bawah, tajuk kecil di perenggan berbeza dipilih kemudian di highlight , lalu ditukarkan format perkataannya kepada bold. Jika anda selalu gunakan platform ini untuk menulis, maka ciri ini sangat berguna untuk anda.



Shortcut papan kekunci untuk pilih teks dalam Google Docs adalah berbeza mengikut sistem pengendalian komputer. Berikut merupakan shortcut yang perlu digunakan.

  1. Mac – Selepas pilih satu teks, anda perlu tekan Ctrl + Command + Shift. Pada masa yang sama, guna anak panah atas atau bawah untuk gerak dan pilih teks lain yang ingin anda sunting.
  2. Windows – Selepas pilih satu teks, tekan Ctrl + Alt + Shift. Pada masa yang sama juga, guna anak panah atas atau bawah untuk gerak dan pilih teks lain yang ingin disunting.
  3. Chrome OS – Selepas pilih satu bahagian teks, tekan Ctrl + Alt + Shift dan gerakkan anak panah untuk pilih teks yang lain.

Google menyatakan bahawa ciri ini akan dilancarkan bermula 25 Mei. Tapi, ia mungkin dilepaskan secara berperingkat kerana saya masih belum dapat gunakannya meskipun telah ikut langkah shortcut di atas. Jika anda perasan, ciri ini sebenarnya sudah lama ada di Microsoft Office, tapi ia lebih senang digunakan, hanya tekan Ctrl sahaja.



Selain bergantung pada kebolehan baru ini, anda juga boleh sunting dan selarikan format untuk tajuk kecil dengan menggunakan Update to match. Caranya juga mudah. Seperti contoh di bawah, ada 3 tajuk kecil. Saya mahu tukarkan semuanya menjadi bold dan italic. Jadi, cara yang saya lakukan ialah:

  1. Tukar tajuk kecil pertama kepada bold dan italic kemudian highlight-kannya
  2. Pilih Heading 1 di atas kiri kemudian tekan Update ‘heading 1’ to match
  3. Seterusnya, anda boleh lihat semua tajuk kecil akan ikut menjadi format sama seperti tajuk kecil yang pertama

[Sumber: 9TO5Google, Google]

Tags: GoogleGoogle Docs
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google Docs kini ada cara mudah & cepat untuk tukar format perkataan tertentu

Google Docs kini ada cara mudah & cepat untuk tukar format perkataan tertentu

26 May 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN