• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes Infinite pelan 5G tanpa had, tiada FUP atau sekat kelajuan dan beri telefon percuma dengan kontrak 36 bulan

  • OLEH Najib
  • 10:26 am
  • 27/05/2022
  • Komen
Yes Infinite pelan 5G tanpa had, tiada FUP atau sekat kelajuan dan beri telefon percuma dengan kontrak 36 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Yes 5G mahu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai penyedia perkhidmatan 5G di Malaysia, apabila baru sahaja melancarkan pelan pascabayar terbaru, Yes Infinite. Lebih menarik lagi, pelan ini menawarkan internet tanpa had di rangkaian 4G dan 5G tanpa FUP dan sekatan kelajuan, serta panggilan tanpa had dari serendah RM58/bulan.

Menurut Yes, pelan Yes Infinite adalah pelan 5G+4G tanpa had paling murah di dunia. Pelan pascabayar ini diperkenal dalam empat jenis, iaitu Basic, Standard, Premium dan Ultra. Kesemua pelan ini memiliki kuota 4G dan 5G tanpa had serta panggilan tanpa had. Perbezaan adalah kuota hotspot.



Harga dan kuota hotspot pelan Yes Infinite adalah seperti berikut:

  • Yes Infinite Basic (Hotspot 10GB) – RM58/bulan
  • Yes Infinite Standard (Hotspot 40GB) – RM88/bulan
  • Yes Infinite Premium (Hotspot 70GB) – RM118/bulan
  • Yes Infinite Ultra (Hotspot 100GB) – RM178/bulan

Bagaimanapun, Yes tidak menawarkan pelan tanpa had sebenar iaitu hotspot tanpa had. Paling banyak adalah kuota hotspot 100GB di pelan Ultra.



Telefon 5G percuma, Yes Infinite+

Tidak ketinggalan, Yes turut menawarkan telefon pintar 5G percuma bersama kontrak pelan Yes Infinite+. Bagaimanapun, ia datang dengan kontrak yang sangat panjang iaitu 36-bulan atau 3 tahun.

Tetapi yang baiknya, pengguna tidak perlu membayar deposit untuk memiliki peranti percuma ini. Yes juga menyatakan, tiada caj tersembunyi dalam tawaran ini dan tiada kejutan bil. Hanya daftar kontrak dan pulang dengan peranti 5G percuma tanpa sebarang bayaran.

Peranti 5G percuma yang ditawarkan berbeza mengikut jenis pelan iaitu:

  • Yes Infinite+ Basic – Vivo Y55+ 5G
  • Yes Infinite+ Standard – Redmi Note 11 Pro 5G, Samsung Galaxy A33 5G
  • Yes Infinite+ Premium – Oppo Reno 7 5G, Samsung Galaxy A53 5G
  • Yes Infinite+ Ultra – Vivo X80 5G, Samsung Galaxy S22 5G

Tawaran peranti 5G percuma ini akan dibuka mulai 6 Jun 2022.

Tukar telefon 4G kepada tunai

Selain itu, Yes juga mengadakan program tukar telefon lama 4G kepada tunai. Hanya bawa telefon anda ke Stor Yes berhampiran untuk diperiksa, dan wang tersebut akan dikreditkan ke dalam dompet aplikasi MyYes.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran terbaru ini, layari laman web Yes Infinite.

Tags: YESyes 5gYes Infinite
Najib

Najib

POPULAR

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

30 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Yes Infinite pelan 5G tanpa had, tiada FUP atau sekat kelajuan dan beri telefon percuma dengan kontrak 36 bulan

Yes Infinite pelan 5G tanpa had, tiada FUP atau sekat kelajuan dan beri telefon percuma dengan kontrak 36 bulan

27 Mei 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER