• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CEO Axiata berhenti tugas selepas 18 bulan, Celcom akan patuh tarikh akhir perjanjian 5G DNB

  • OLEH Najib
  • 9:46 am
  • 28/05/2022
  • Komen
CEO Axiata berhenti tugas selepas 18 bulan, Celcom akan patuh tarikh akhir perjanjian 5G DNB
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan Axiata Berhad telah mengumumkan bahawa Presiden dan CEO Kumpulan, Dato Izzaddin Idris akan meletak jawatan berkuatkuasa 31 Mei 2022. Menurut Axiata, perletakan jawatannya dibuat berdasarkan pemberhentian bersama kontrak perkhidmatannya antara dia dan Axiata.

Dato Izzaddin telah dilantik sebagai CEO pada 1 Januari 2021, menggantikan tempat veteran telekomunikasi, Tan Sri Jamaludin Ibrahim yang bersara selepas berkhidmat selama 12 tahun. Izzadin memiliki pengalaman lebih 20 tahun di dalam bidang kewangan dan pelaburan perbankan, serta pengurusan. Sebelum menyertai Axiata, dia merupakan CEO kepada UEM Group Berhad, serta Ketua Pegawai Kewangan dan Naib Presiden Kanan (Kumpulan Kewangan) Tenaga Nasional Berhad.



Menurut Axiata, pihak lembaga telah melantik CEO untuk perniagaan telekomunikasi dan Naib Presiden Eksekutif Kumpulan, Dr Hans Wijayasuria serta Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Vivek Sood sebagai pemangku sementara bersama CEO Kumpulan, berkuat kuasa 1 Jun 2022.

Pengumuman pemergian CEO itu dibuat sejurus selepas Axiata mengumumkan keputusan kewangan Suku Pertama 2022 yang mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM42.97 juta. Kerugian itu dilaporkan berpunca daripada kehilangan pertukaran asing sebanyak RM476.9 juta oleh operasi telekomunikasinya di Sri Lanka.



Axiata mahu selesaikan perjanjian 5G Celcom dan DNB pada 30 Jun

Baru-baru ini turut dilaporkan bahawa Celcom akan mematuhi tarikh akhir kerajaan, untuk menandatangani perjanjian akses 5G dan pegangan saham Digital Nasional Berhad (DNB) pada 30 Jun. Menurut Izzaddin, mereka berusaha sedaya upaya untuk mematuhi tarikh akhir dan sedang menilai cadangan itu melalui penasihatnya, Maybank Investment Bank Berhad. Tambahnya, Celcom telah merencana cadangan itu berdasarkan proses yang telah dibentangkan oleh DNB. Mereka mengikuti proses itu dan mereka berharap akan dapat membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Mengenai persoalan sama ada Celcom akan bersetuju dengan pegangan minoriti dalam DNB, Izzaddin berkata beliau tidak dapat mendedahkan butirannya berikutan perjanjian tanpa pendedahan (NDA) yang perlu dipatuhi. Buat masa ini, dilaporkan bahawa sejumlah 9 telco telah dijemput untuk proses itu yang turut merangkumi 4 telco terbesar iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini dilaporkan telah menolak cadangan 4 telco besar untuk memperoleh pegangan kawalan dalam DNB. 4 telco itu sebelum ini telah menimbulkan persoalan mengenai tawaran akses rujukan (RAO) DNB yang tidak akan membolehkan perkhidmatan 5G yang berpatutan dan berkualiti untuk rakyat Malaysia. Di bawah perjanjian itu, syarikat telekomunikasi perlu membayar DNB sebanyak RM30,000 setiap Gbps sebulan untuk kapasiti 5G yang terikat dengan tempoh kontrak sepuluh tahun.

Bacaan Berkaitan

  • Kerajaan tolak cadangan telco pegang saham majoriti DNB, tarikh akhir persetujuan kekal 30 Jun
  • Kenapa 4 telco ini masih tidak mahu sertai DNB?
  • Ini yuran langganan telco sekiranya sertai DNB untuk akses 5G
Tags: AxiatacelcomDNB
Najib

Najib

POPULAR

CEO Axiata berhenti tugas selepas 18 bulan, Celcom akan patuh tarikh akhir perjanjian 5G DNB

CEO Axiata berhenti tugas selepas 18 bulan, Celcom akan patuh tarikh akhir perjanjian 5G DNB

28 May 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER