• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelajar jual nota tulisan tangan di Shopee, pendapatan sekitar RM1.59 juta

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:51 pm
  • 01/06/2022
  • Komen
Pelajar jual nota tulisan tangan di Shopee, pendapatan sekitar RM1.59 juta
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, saya pernah kongsikan tentang item unik yang dijual di Shopee iaitu batu dan daun. Walaupun nampak biasa, tapi jualan mereka mencecah ribuan unit! Selain itu, ada juga pengguna Shopee mengambil peluang menjual kerusi bekas duduk Lewis Hamilton.

Nampak tak, ada banyak idea seseorang itu berniaga untuk jana pendapatan? Terkini, dilaporkan pula ada pelajar menjual salinan fotostat nota ulangkaji berwarna, tulisan tangan. Pendapatannya dianggarkan dalam NT$10.5 juta, iaitu sekitar RM1.59 juta.



Tajuk jualannya ialah “Taipei First Girls High School — nota untuk Program Penilaian Komprehensif bagi Pelajar Sekolah Menengah Rendah — semua mata pelajaran (fotokopi berwarna), semakan 2019.” Senarai jualan tersebut kini ditanda sebagai habis dijual. Ia telah terjual sebanyak 2,653 naskhah, setiap satu unit berharga NT$2,600, iaitu sekitar RM392. Ini menjadikan jumlah jualannya sekitar RM1.04 juta.

Nota itu sememangnya dihasilkan oleh seorang pelajar di Taipei First Girls High School. Ia merupakan salah satu sekolah menengah Taiwan yang paling berprestij dari segi akademik. Perkara ini disahkan oleh Taiwan News dengan penjual nota tersebut, iaitu “Cindy91005“.



Berdasarkan halaman jualan itu, nota yang dijual mempunyai 422 muka surat dan ia merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah rendah, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Geografi, Sivik, Fizik, Kimia serta Biologi dan Sains Bumi sebagai tambahan percuma.

Menariknya, halaman jualan tersebut telah menerima penilaian 4.9 bintang daripada 1,401 pembeli. Ramai yang memuji tentang perincian nota itu, susunan, tulisan yang baik dan penghantaran yang cepat.

Selain daripada menjual nota yang menggabungkan semua mata pelajaran, kedai itu turut menjual nota khusus untuk satu mata pelajaran sahaja. Harganya adalah antara NT$200 (RM30) sehingga NT$600 (RM90) setiap satu. Anggaran jualan nota subjek individu ini adalah NT$3.6 juta iaitu sekitar RM543,777. Ditambah jualan RM1.04 juta tadi, ini menjadikan jumlah keseluruhan jualannya melebihi RM1.58 juta.

Pelajar ini sangat bijak, kerana dia telah mengambil peluang menjual nota mata pelajaran sekolah di Shopee. Sudah tentu ramai pelajar lain yang mahukannya. Mungkin dia lakukan jualan ini untuk menambah duit belanja. Malah sebelum ini, saya juga pernah kongsikan mengenai seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun mencipta akaun perniagaan sendiri di Shopee untuk mengumpul duit sendiri bagi mendapatkan telefon pintar.

Anda akan bagi peluang tak pada anak-anak anda untuk berniaga di Shopee? Bagi saya, tiada masalah untuk pelajar melibatkan diri berniaga di sana sebab platform itu selamat. Pembeli perlu bayar barang dahulu sebelum dapatkannya, jadi tidak ada kebarangkalian untuk ditipu. Cuma, jika anak masih kecil, anda perlulah bagi lebih galakkan dan sokongan. Contohnya bantu sediakan peranti dan Internet untuk mereka layari platform e-dagang dan temani mereka ketika pos barang.

[Sumber: MalayMail, Taiwannews]

Tags: Shopee
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pelajar jual nota tulisan tangan di Shopee, pendapatan sekitar RM1.59 juta

Pelajar jual nota tulisan tangan di Shopee, pendapatan sekitar RM1.59 juta

1 June 2022
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN