• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank beri amaran tentang scam aplikasi, ada pengguna telah menjadi mangsa

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:35 pm
  • 03/06/2022
  • Komen
Maybank beri amaran tentang scam aplikasi, ada pengguna telah menjadi mangsa
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda rasa semua aplikasi pihak ketiga itu selamat, anda perlu berhenti fikir begitu sebab ada dalam kalangan aplikasi tersebut boleh mencuri data anda dan akhirnya melesapkan semua wang simpanan anda. Maybank telah keluarkan satu amaran mengenainya melalui Facebook. Menurut mereka, data pengguna akan dicuri sebaik sahaja individu itu memuat turun aplikasi Android yang mengandungi Malware.

Aplikasi ini boleh akses sebarang SMS yang dihantar ke telefon anda. Ia jua boleh dapatkan nombor TAC anda untuk lakukan transaksi perbankan Internet. Selain itu, Maybank juga menggesa pelanggannya supaya merujuk kepada nasihat Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) mengenai penipuan ini yang dikenali sebagai SMSSpy.



Ada dua teknik mereka gunakan untuk memperdaya mangsa memuat turun aplikasi merbahaya. Pertama adalah dengan menyamar sebagai Agensi Penguatkuasaan Undang-undang (seperti PDRM, LHDN) atau pengawal selia. Pada mulanya, mangsa sasaran akan terima panggilan telefon kononya daripada LEA. Mereka akan memaklumkan bahawa mangsa mempunyai jenayah dan perlu bekukan akaun kewangan. Kemudian, mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk menyahbekukan akaun itu. Mereka juga diarahkan untuk memuat turun aplikasi Android berniat jahat untuk menyelesaikan proses pembayaran.

Teknik kedua pula, penjenayah menggunakan laman web palsu dan menyamar sebagai satu perkhidmatan yang sah. Mereka turut menggunakan iklan Facebook untuk perdaya mangsa supaya memuat turun perisian hasad Android. Antara laman web palsu yang dikesan ialah Grabmaid, Maria’s Cleaning, Maid4u, YourMaid, Maideasy, MaidACall dan MyMaidKL. Anda pernah jumpa iklan laman web tersebut di Facebook?



Kiri adalah laman web asli, kanan merupakan laman web palsu
Sumber

Sebelum ini, saya juga pernah kongsikan kes berkaitan penipuan aplikasi. Ia melibatkan aktiviti jual beli durian. Mangsa yang terlibat dikehendaki memuat turun aplikasi untuk membuat bayaran. Bukan itu sahaja, ada banyak lagi kejadian lain yang telah mangsa kongsikan di media sosial.

Contohnya seperti perkongsian dari pengguna Facebook, Md Nor Izzudin ini. Dia pada awalnya tertarik dengan iklan perkhidmatan membersihkan rumah yang tertera di Facebook. Selepas berhubung dengan individu disebalik iklan itu, dia disuruh memuat turun aplikasi MyMaid dan membayar di dalam aplikasi. Selepas itu, beberapa transaksi tidak diketahui berlaku dan dia kerugian lebih dari RM18 ribu.

Untuk mengelakkan kerugian wang dan pendedahan data peribadi, MyCert menggesa semua pengguna telefon pintar untuk sentiasa mengesahkan kebenaran aplikasi dan pencipta aplikasi itu sebelum memuat turunnya. Jangan sekali-kali klik pada pautan mencurigakan yang dihantar melalui SMS atau perkhidmatan pemesejan. Anda seharusnya muat turun aplikasi hanya daripada gedung yang disediakan seperti Google PlayStore, App Store dan Huawei Appgallery. Tapi jika anda terlibat dengan jenayah ini, Maybank menggesa anda untuk buat aduan melalui talian Hotline Maybank di +603-58914744.

[Sumber: TheStar, Maybank, MyCert]

Tags: androidMaybankSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Maybank beri amaran tentang scam aplikasi, ada pengguna telah menjadi mangsa

Maybank beri amaran tentang scam aplikasi, ada pengguna telah menjadi mangsa

3 June 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN