• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli durian & bayar guna aplikasi palsu, akaun e-dompet mangsa akhirnya digodam

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:18 pm
  • 10/05/2022
  • Komen
Beli durian & bayar guna aplikasi palsu, akaun e-dompet mangsa akhirnya digodam
Share on FacebookShare on Twitter

Menipu dan memperdaya mangsa menerusi aplikasi palsu untuk mendapatkan wang, bukanlah satu jenayah yang baharu. Terkini, urusan penipuan aplikasi ini dilakukan melibatkan urusan jual beli buah durian pula. Aplikasi yang digunakan penjenayah siber ini dikenali sebagai D4 Durian. Polis Daerah Timur Laut menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, menjelang musim durian, kes-kes penipuan pembelian durian dalam talian telah mula meningkat di daerah berkenaan.

Menurut perkongsian itu lagi, modus operandi kegiatan ini bermula apabila mangsa melihat iklan penjualan durian dengan harga murah dalam aplikasi Facebook, Instagram dan lain-lain. Suspek kemudian berurusan terus dengan mangsa menggunakan Whatsapp dan diarahkan tekan pada pautan yang diberikan. Mangsa juga diarahkan untuk memuat turun aplikasi D4 Durian untuk membuat bayaran.



Apabila mangsa tekan pada pautan yang diberikan, dia akan dibawa ke halaman yang menyerupai ‘FPX Transaction’. Kemudian, sebaik sahaja mangsa memasukkan username dan kata laluan, sistem pembayaran tersebut akan tergendala. Akhirnya, mangsa akan menerima mesej dari pihak bank menyatakan bahawa terdapat pemindahan wang dari akaun pengadu ke akaun pihak ketiga. Lebih mengejutkan, jumlah wang yang dipindahkan itu adalah lebih tinggi daripada harga pembelian durian.

Seperti yang dikongsikan mangsa ini, suspek telah berjaya menggodam dan mengambil wang dari akaun e-dompetnya selepas dia membuka aplikasi tersebut. Walhal, dia tidak kongsikan sebarang nombor TAC kepada suspek.



Bagi mengelakkan dari menjadi mangsa, anda dinasihatkan agar tidak sesekali memuat turun sebarang aplikasi yang mencurigakan, lebih-lebih lagi aplikasi diluar PlayStore. Selain itu, diingatkan juga untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat perbankan anda kepada pihak ketiga. Jika mahu lakukan pembelian di dalam talian, pastikan anda lakukannya melalui platform yang dipercayai.

[Sumber: Berita Harian, IPD Timur Laut, Pulau Pinang]

Bacaan berkaitan

  • Muat turun aplikasi meragukan & kongsi akaun bank kepada polis, mangsa rugi hampir RM20 ribu
  • Aplikasi perbankan palsu kaut hampir RM 300,000 dari enam mangsa
  • Kenali ciri-ciri SMS scam & cara elak dari menjadi mangsa penipuan
Tags: SCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER