• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas Nvidia gagal, Qualcomm pula berhajat meminang ARM

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:43 am
  • 03/06/2022
  • Komen
Selepas Nvidia gagal, Qualcomm pula berhajat meminang ARM
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm adalah nama terbaharu yang sedang membidik untuk mendapatkan ARM Holdings.

Sebelum Qualcomm, kami pernah kongsikan tentang kegagalan Nvidia untuk meneruskan pertukaran hak milik daripada Softbanks akibat mendapat tentangan pihak berkuasa Amerika Syarikat. Menurut pihak berkuasa, sekiranya ARM dimiliki satu entiti sahaja, ia bakal merencatkan persaingan antara pengeluar cip.



Tidak ingin melihat perkara sama berulang, Qualcomm dilapor merangka satu strategi pengambil alihan yang lebih halus. Sekiranya ingin diteruskan, Qualcomm akan mewujudkan konsortium anak syarikat yang akan membeli sedikit pegangan dalam ARM Holdings

Mungkin ada yang bertanya tentang kenapa ada syarikat berlumba-lumba untuk mendapatkan ARM? Samsung misalnya, pernah berkira-kira ingin membeli sekitar 5% pegangan saham ARM Holdings bagi mengurangkan kadar royalti yang perlu dibayar kepada ARM dalam penghasilan SoC Exynos.



Kalau anda nak tahu, sebahagian besar cip pemprosesan di atas muka bumi ini adalah menggunakan set tatacara penghasilan yang dirangka ARM. Tak terhenti di situ, masih banyak pengeluar cip menggunakan teras CPU yang direka ARM. Semua ini bukanlah percuma tetapi melibatkan bayaran royalti.

Sumber: GSMArena

Tags: armNvidiaQualcommsemikonduktor
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Selepas Nvidia gagal, Qualcomm pula berhajat meminang ARM

Selepas Nvidia gagal, Qualcomm pula berhajat meminang ARM

3 June 2022
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN