• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A77 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:00 am
  • 05/06/2022
  • Komen
Oppo A77 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia kini mengumumkan ketibaan telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka, Oppo A77 5G. Ia menampilkan sokongan rangkaian 5G, bersama bateri besar, pengecas pantas dan speaker stereo ultra linear.

Harga dan promosi

Orang ramai boleh mendapatkan telefon pintar Oppo A76 5G mulai 6 Jun 2022. Ia akan dijual di Malaysia di Stor Online Oppo Malaysia serta di Lazada dan Shopee, dengan harga rasmi seperti berikut:



  • Oppo A77 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,199

Tetapi peminat boleh mendapatkan Oppo A77 5G pada harga lebih murah jika membelinya cepat. Selama 3 hari sahaja dari 6-8 Jun 2022, Oppo memberi diskaun sebanyak RM200 untuk pembelian Oppo A77 5G, khas di Stor Oppo Lazada sahaja. Ini menjadikan harganya cuma:

  • Oppo A77 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,199 RM999

Spesifikasi Oppo A77 5G

Tunjang belakang kuasa Oppo A77 5G dihasilkan oleh cip Mediatek Dimensity 810, yang memberikan sokongan rangkaian 5G. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR4x sebanyak 6GB dan storan dalaman UFS 2.2 seluas 128GB. Sokongan RAM maya turut disediakan, memberikan RAM tambahan sehingga 5GB. Ia juga menerima kad mikroSD untuk meluaskan storan.



Bagaimanapun, skrin Oppo A77 5G agak mengecewakan. Ia masih menggunakan skrin LCD berukuran 6.56-inci, dengan resolusi agak rendah HD+ 720p sahaja. Kadar penyegaran lebih tinggi daripada biasa iaitu 90Hz. Pengimbas capjarinya terletak di tepi, bergabung dengan butang kuasa.

Kamera belakang cuma ada dua iaitu kamera utama 48MP F1.7 dan kamera potret 2MP. Tiada kamera ultra lebar. Di hadapan pula, ia meletakkan kamera 8MP F2.0 di dalam takuk kecil di dahi skrin.

Tenaga disalurkan oleh bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W melalui USB-C. Oppo menyatakan, ia boleh mengecas penuh dalam masa 70 minit sahaja.

Rekaan bergaya disediakan untuk Oppo A77 5G menerusi dua pilihan warna iaitu hitam dan biru. Oppo turut mengatakan bahawa telefon ini telah melepasi pelbagai ujian lasak seperti jatuh dari ketinggian 1 meter, suhu panas 55-darjah dan sejuk -15 darjah, serta ia kalis percikan air IPx4.

Oppo A77 5G menjalankan sistem operasi ColorOS 12.1 berasaskan Android 12. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo A77 5G.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo A74 tiba sebagai telefon 5G paling murah di Malaysia
  • Dua midrange terbaik 2022? | Realme 9 Pro+ vs. Redmi Note 11 Pro 5G
  • Siri Redmi Note 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme 9: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: oppoOppo A77
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A77 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Oppo A77 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

5 June 2022
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER