• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

MacBook Air M2: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:33 am
  • 07/06/2022
  • Komen
MacBook Air M2: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple di WWDC mengumumkan pembaharuan pada barisan MacBook Air mereka. Pembaharuan bukan sahaja dilihat pada penggunaan cip baharu tapi kepada rekaan yang lebih berkotak dan selari dengan rekaan MacBook Pro.

Harga jualan MacBook Air M2 di Malaysia

Dengan segala pembaharuan yang dibawakan, harga permulaan laptop ini nyata meningkat. Varian termurah MacBook Air M2 kini RM1,100 lebih mahal berbanding generasi sebelumnya.



Varian asas MacBook Air M2 didatangkan dengan cip M2 8-teras CPU dan 8-teras GPU, RAM 8GB, storan 256GB, dan blok pengecas 30W USB-C. Harga jualan bagi varian asas adalah RM5,499.

Naik taraf pertama boleh dilakukan pada cip M2. Untuk cip yang ada 10-teras CPU dan 10-teras GPU, sebanyak RM400 tambahan dikenakan.



Kemudian anda boleh ubah kapasiti RAM yang dimiliki laptop ini sama ada 16GB (+RM800) ataupun 24GB (+RM1,600). Di bahagian storan, daripada 256GB, anda boleh naik taraf sebanyak tiga peringkat iaitu 512GB (+RM800), 1TB (+RM1,600), ataupun 2TB (+RM3,200).

Untuk mengecas, anda dibekalkan blok 30W tapi boleh dinaik taraf kepada 67W dengan tambahan RM80. Makanya, varian paling premium MacBook Air M2, sekiranya anda berminat untuk dapatkannya adalah RM10,699.

Spesifikasi MacBook Air M2

Rekaan adalah perubahan pertama yang akan anda cerap bila melihat pada rupa paras MacBook Air M2. Pengeluarnya telah meninggalkan rekaan berbentuk penyendal pintu untuk rekaan badan yang lebih tekal ketebalannya.

Panel paparan bertakuk laptop ini menggunakan panel Liquid Retina pada resolusi 2560 x 1644. Ada takuk di bahagian atas untuk menempatkan webcam. Panel ini ada paras kecerahan 500nits, 100 nits lebih cerah berbanding MacBook M1 yang lalu. Lebih baik, pada sudut penghasilan warna, ia mencakupi keseluruhan gamut warna P3. Sekiranya benar, ia sesuai untuk kegunaan pembangun kandungan video.

Atas papan utama, Apple menggantikan cip M1 dengan M2 yang katanya 18% lebih berkuasa berbanding M1 pada segi CPU ataupun pada segi GPU, 35% lebih berkuasa. Ada dua varian M2 ditawarkan, satu yang ada 8 teras CPU dan GPU manakala satu lagi 10 teras CPU dan GPU.

Bateri juga diperbesar pada generasi ini. Sebanyak 5.4% lebih besar, MacBook Air M2 kini mengambi tenaga daripada sistem bateri 52.6Whr dan dicas menggunakan blok 30W yang disediakan ataupun 67W sekiranya anda tambah RM80 sewaktu pembelian.

Di bahagian I/O, anda terima 2 port Thunderbolt/USB 4, jek audio 3.5mm dan pengecas MagSafe.

Tags: applelaptopmacbook airmacbook air m1macbook air m2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

MacBook Air M2: Maklumat penjualannya di Malaysia

MacBook Air M2: Maklumat penjualannya di Malaysia

7 June 2022
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN