• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco C40 akan dilancar minggu hadapan, harga dijangka di bawah RM600

  • OLEH Najib
  • 10:49 am
  • 07/06/2022
  • Komen
Poco C40 akan dilancar minggu hadapan, harga dijangka di bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Poco, syarikat bersaudara Xiaomi yang menghasilkan peranti lebih murah daripada Xiaomi, mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu peranti baru pada 16 Jun 2022. Peranti tersebut telah dinamakan sebagai Poco C40.

Poco siri-C belum pernah dilancarkan di Malaysia, tetapi ia telah sekian lama wujud di India. Siri ini adalah telefon pintar mampu milik, dengan harga bermula di bawah RM600.



Pelancaran Poco C40 akan diadakan secara atas talian, menerusi media sosial rasmi Poco iaitu Facebook, Twitter, Youtube serta laman rasmi Poco. Buat masa ini, masa pelancaran masih belum diketahui tetapi melihatkan acara pelancaran Poco sebelum ini, ia mungkin akan dibuat pukul 8 malam waktu Malaysia.

#POCOC40 was exclusively designed by POCO!

The fan-favorite POCO Yellow is joining the party!

Stay tuned for the online launch of #POCOC40 on June 16th! pic.twitter.com/6flQyTZpKa

— POCO (@POCOGlobal) June 3, 2022

Untuk menarik minat orang ramai, Poco telah mengutuskan beberapa petunjuk tentang telefon yang bakal dilancarkan ini. Antaranya ialah kapasiti bateri sangat besar iaitu 6,000mAh. Ia juga memiliki skrin DotDrop yang luas, berukuran 6.71-inci. DotDrop di sini bermaksud skrin bertakuk kecil.



Poco juga berkongsi gambaran belakang telefon Poco C40. Ia akan memiliki modul kamera besar yang menyerupai model Poco M3, bersama logo Poco yang besar. Pengimbas capjari juga ada di belakang.

Disebabkan hubungan kekeluargaan yang erat, model telefon Poco dan Xiaomi biasanya ada persamaan satu sama lain. Melihatkan spesifikasi yang telah dikongsikan, Poco C40 mungkin adalah jelmaan Redmi 10C yang telah dilancarkan pada bulan Mac lepas.

Persamaannya adalah skrin besar 6.71-inci, jenis LCD dengan resolusi HD 720p sahaja. Redmi 10C dikuasakan cip Snapdragon 680 yang sama dengan Redmi Note 11, bersama RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2.

Redmi 10C

Tetapi kapasiti adalah berbeza di mana Redmi 10C hanya ada bateri 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 18W USB-C tetapi pengecas di dalam kotak hanya ada kuasa 10W. Kamera pula ada 2 sahaja di belakang iaitu kamera utama 50MP dan kamera potret 2MP.

Redmi 10C telah dijual di Malaysia pada harga RM559 untuk storan 64GB, dan RM629 bagi 128GB. Jika Poco C40 adalah serupa dengan Redmi 10C, maka harganya pasti tidak jauh berbeza dengan Redmi 10C. Atau lebih murah.

Nantikan laporan lanjut kami tentang pelancaran Poco C40, pada 16 Jun 2022.

Bacaan Berkaitan

  • Redmi 10C kembali sebagai peranti murah Xiaomi di bawah RM600
  • Redmi 10A, telefon Xiaomi paling murah tiba di Malaysia
  • Poco M3 dilancar sebagai telefon Poco paling mampu dimiliki
  • Unboxing Poco M3: Raja baru telefon bajet
Tags: PocoPoco C40
Najib

Najib

POPULAR

Poco C40 akan dilancar minggu hadapan, harga dijangka di bawah RM600

Poco C40 akan dilancar minggu hadapan, harga dijangka di bawah RM600

7 June 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER