• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone diwajibkan ganti port Lightning kepada USB-C sebelum 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:02 am
  • 08/06/2022
  • Komen
Kabel Lightning baru di iPhone 12 tidak mudah patah dan lebih tahan lasak
Share on FacebookShare on Twitter

Kesatuan Eropah (EU) telah meluluskan satu undang-undang yang mewajibkan semua peranti mudah alih dalam kategori telefon, tablet, dan kamera menggunakan USB-C sebagai kaedah untuk mengecas. Hal ini tentu sekali akan menyaksikan akhirnya iPhone terpaksa berhijrah daripada port Lightning kepada USB-C sekiranya ingin kekal dijual di dalam pasaran Eropah.

Selain daripada 3 peranti mudah alih yang disebutkan tadi, peraturan yang sama turut terpakai untuk e-reader, earbuds, headfon, konsol permainan mudah alih, speaker, dan banyak lagi. Pengeluar sepatutnya mempunyai cukup masa untuk mempersiapkan diri disebabkan peraturan baharu ini akan berkuatkuasa dalam tahun 2024 nanti. Laptop turut diwajibkan untuk menggunakan USB-C tetapi kelonggaran diberikan selama 40 bulan selepas penguatkuasaan peraturan baharu ini ataupun sekitar 2027 nanti.



Untuk lebih penjelasan, peranti yang dilancarkan sebelum kuat kuasanya peraturan baharu ini adalah dikecualikan.

Berdasarkan kira-kira EU, pengguna boleh berjimat sehingga EUR 250 juta daripada membeli kelengkapan mengecas dan dalam masa yang sama mengurangkan 11 ribu tan sampah elektronik setahun.



Cadangan untuk menyelaraskan penggunaan USB-C untuk mengecas sudah lama dirangka EU. Dalam bulan Oktober 2021 lalu, kami ada laporkan Apple dengan lantang menentang cadangan ini kerana menurut Apple, ia akan merencatkan inovasi. Namun begitu, EU membidas dakwaan Apple dengan hujah yang Apple sudahpun tidak menyertakan pengecas bersama-sama iPhone, jadi tiada masalah untuk Apple menukarkan port Lightning kepada USB-C disebabkan tak perlu menyertakan kabel baharu kepada pengguna.

Sumber: Kesatuan Eropah

Tags: appleEUkesatuan eropah
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Kabel Lightning baru di iPhone 12 tidak mudah patah dan lebih tahan lasak

iPhone diwajibkan ganti port Lightning kepada USB-C sebelum 2024

8 June 2022
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN