• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco C40 terdedah sepenuhnya, menggunakan cip JLQ JR510 yang tidak dikenali ramai

  • OLEH Najib
  • 12:33 pm
  • 08/06/2022
  • Komen
Poco C40 terdedah sepenuhnya, menggunakan cip JLQ JR510 yang tidak dikenali ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Poco, pengeluar telefon pintar sangat mampu milik akan melancarkan model baru, Poco C40 pada 16 Jun 2022. Mereka telah berkongsi sedikit demi sedikit maklumat tentang telefon pintar yang bakal diperkenal ini seperti kapasiti bateri 6,000mAh dan skrin 6.71-inci.

Poco juga baru sahaja memperlihatkan rupa sebenar Poco C40 menerusi media sosial rasmi mereka. Ia menunjukkan belakang telefon dengan tiga warna iaitu hijau, hitam dan kuning.



Here is the #POCOC40!

The most affordable POCO!

The largest display ever on POCO!

Which color is your favorite?

Stay tuned for the special #POCOLab episode on June 16th. pic.twitter.com/gr6GJZnPZ6

— POCO (@POCOGlobal) June 7, 2022

Tetapi maklumat penuh Poco C40 telah disiarkan oleh sebuah portal e-dagang Vietnam, Dienmayxanh. Ia turut meletakkan harga iaitu VND 3.490.000 (~RM661) bersama RAM 4GB dan storan 64GB, dan mula dijual pada 17 Jun 2022.

Perkara paling menarik dilihat pada Poco C40 ini adalah penggunaan cip SoC. Ianya bukan dihasilkan oleh Qualcomm, Mediatek ataupun Unisoc, sebaliknya Poco C40 menggunakan cip JR510 yang dikeluarkan oleh JLQ Technology, syarikat semikonduktor yang bertapak di Shanghai, China.



Cip JR510 dihasilkan melalui proses 11nm, menampilkan 8-teras Cortex A55 di mana 4 teras berkelajuan 2.0GHz dan 4 teras lagi 1.5Ghz. Ia dikatakan memiliki prestasi yang serupa dengan cip Snapdragon 450 dan Helio G35.

Spesifikasi yang lain sama seperti dijangka, iaitu agak serupa dengan Redmi 10C. Poco C40 memiliki skrin besar 6.71-inci jenis LCD, resolusi HD 720p dan bertakuk kecil. Baterinya lebih besar, 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W USB-C.

Poco C40 (kiri) dan Redmi 10C (kanan)

Kamera di belakangnya ada dua, tetapi kurang sikit berbanding Redmi 10C iaitu kamera utama 13MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan di dalam takuk kecil pula adalah kamera 5MP. Pengimbas capjari terdapat di bawah kamera belakang.

Dengan prestasi dan kamera yang lebih rendah daripada Redmi 10C walaupun bateri lebih besar, dijangkakan harga Poco C40 pasti lebih murah. Di Malaysia, Redmi 10C dengan storan 64GB dijual pada harga RM559. Adakah harga Poco C40 akan berada di bawah RM500? Nantikan pelancarannya pada 16 Jun nanti.

[Sumber: GSMarena, Dienmayxanh]

Tags: PocoPoco C40
Najib

Najib

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER