• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bilangan kereta tidaklah melebihi populasi Malaysia, ini cerita sebenar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:25 am
  • 13/06/2022
  • Komen
Bilangan kereta tidaklah melebihi populasi Malaysia, ini cerita sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

Ada beberapa outlet media yang melaporkan berita yang ingin memaparkan bahawa bilangan kenderaan telahpun melebihi penduduk Malaysia. Kemudian, situasi tersebut diguna pakai untuk mengaitkan dengan kesesakan teruk yang berlaku masa ini.

Bekas Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai menegur tentang data-data yang dikongsikan.



Angka 33 juta yang dikatakan itu tidaklah melambangkan situasi sebenar. Hal ini kerana, 33 juta itu adalah kenderaan yang telah didaftarkan dalam pengkalan data JPJ sejak penubuhannya 75 tahun lalu dan statistik itu tidak mengambil kira kenderaan yang sudah dilupuskan ataupun yang tidak aktif lagi di atas jalan raya.

Apa cerita sebenar?

Bilangan kenderaan di atas jalan raya memang meningkat saban tahun, tapi tidaklah mencapai 33 juta seperti yang dilaporkan. Untuk mengetahui berapa banyakkah kenderaan di atas jalan ray asana, JPJ ada kongsikan data tersebut.



Di halaman ini, anda boleh dapatkan statistic kenderaan yang aktif, mungkin kategori yang memperbaharukan cukai jalan pada tahun tersebut. Data terkini yang JPJ kongsikan adalah tahun 2008 hingga 2015.

Trend peningkatan memang jelas ditunjukkan daripada tahun ke tahun. Setakat tahun 2015, JPJ melaporkan yang di Malaysia ada 18.62 juta kenderaan aktif di atas jalan raya. Sekiranya unjuran dilakukan kepada 2022, kita dianggarkan ada kira-kira 24 juta kenderaan aktif di atas jalan raya.

Bilangannya mungkin lebih tinggi daripada unjuran kerana kerajaan ada memperkenalkan insentif pengecualian cukai jualan (SST) ke atas pembelian kenderaan bagi merancakkan semula industri automotif disamping terdapat beberapa kali pusingan pengeluaran KWSP.

Kalau 24 juta kenderaan aktif dah macam ini sesaknya, cuba banyangkan bila betul-betul 33 juta kenderaan nanti macam mana.

Sumber: FMT

Tags: automotifJPJ
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Bilangan kereta tidaklah melebihi populasi Malaysia, ini cerita sebenar

Bilangan kereta tidaklah melebihi populasi Malaysia, ini cerita sebenar

13 June 2022
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN