• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 16 akan mudahkan alih eSIM ke iPhone lain, masih susah di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:18 pm
  • 13/06/2022
  • Komen
iOS 16 akan mudahkan alih eSIM ke iPhone lain, masih susah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Ketibaan iOS 16 telah diumumkan semasa acara persidangan WWDC 2022 minggu lepas. Ia kini sedia diuji oleh pembangun menerusi persiapan Beta, menampilkan beberapa ciri baharu seperti yang diumumkan, antaranya kunci skrin yang boleh diubahsuai.

Tetapi dengan tersedianya versi Beta ini, bermakna sudah ada yang boleh mencuba perkara lain yang tidak dinyatakan semasa ucaptama WWDC 2022. Antaranya, mengalihkan eSIM lebih mudah sesama iPhone.



@MacRumors it looks like in iOS 16, you can transfer eSim Cards from one iPhone to another using Bluetooth. This previously wasn’t the case and you had to just get a new esim card from the carrier in question. pic.twitter.com/emWz6F7ObP

— Carson (@carsonwaldrop) June 8, 2022

Perkara ini dijelaskan Carson menerusi ciapannya di Twitter. Di halaman menetapkan rangkaian (Set Up Cellular) eSIM, akan ada pilihan baru iaitu mengalihkan daripada iPhone lain. Kebiasaannya, mengaktifkan eSIM di iPhone memerlukan imbasan kod QR.

Fungsi baru di iOS 16 ini memerlukan fungsi Bluetooth dihidupkan. Jika anda masih tidak kenal apa itu eSIM, ia adalah SIM maya yang menggantikan kad SIM fizikal. Ini menjadikannya mudah untuk mengaktifkan SIM, hanya imbas kod QR.



Kebanyakan model baru iPhone yang dijual di peringkat antarabangsa, menyokong dwi-SIM tetapi dengan satu slot kad fizikal sahaja. SIM kedua perlu menggunakan eSIM. Tetapi hanya model dari China sahaja, masih mengekalkan pengguna dua kad SIM fizikal.

Kelebihan kad SIM fizikal ialah mudahnya bertukar SIM dari satu telefon ke telefon lain, atau menukar SIM baru di telefon yang sama. eSIM pula, akan kekalsecara digital di sesuatu peranti.

Sebenarnya, Apple telah menyediakan cara mengalihkan eSIM semasa mengaktifkan iPhone baru, tetapi ia belum boleh digunakan di Malaysia. Malah, fungsi iOS sedia ada untuk menukar SIM fizikal kepada eSIM di telefon yang sama, juga masih tidak boleh digunakan di sini.

Menurut laman eSIM  Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile, eSIM dikunci di satu peranti sahaja dan tidak boleh dialihkan adalah untuk keselamatan. Jika mahu menukar eSIM ke telefon lain, pengguna perlu memohon penggantian SIM dan kod QR baru akan dijana. Malah, ada syarikat telekomunikasi (telco) memerlukan pengguna hadir ke pusat khidmat pelanggan dan membayar untuk menggantikan SIM.

Melihatkan situasi sedia ada di Malaysia sekarang, berkemungkinan tinggi fungsi penukaran eSIM menerusi Bluetooth di iOS 16 nanti tidak akan boleh digunakan di Malaysia. Melainkan telco sendiri mahu membenarkannya. Jika anda sering bertukar-tukar telefon atau SIM, lebih baik kekal menggunakan kad SIM fizikal.

[Sumber: MacRumors]

Tags: appleApple iOS 16apple iphoneeSimiOS 16wwdc 2022
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
iOS 16 akan mudahkan alih eSIM ke iPhone lain, masih susah di Malaysia

iOS 16 akan mudahkan alih eSIM ke iPhone lain, masih susah di Malaysia

13 June 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER