• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy M53 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:10 pm
  • 13/06/2022
  • Komen
Samsung Galaxy M53 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Laman Senheng sedang mengadakan program tempahan awal Samsung Galaxy M53. Menurut mereka, telefon ini eksklusif dijual melalaui Senheng.

Harga Samsung Galaxy M53 5G di Malaysia

Harga jualan Samsung Galaxy M53 di Malaysia adalah RM1,999. Ini adalah varian tertinggi model tersebut iaitu RAM 8GB dan storan 256GB.



Anda boleh lakukan tempahan awal melalui laman rasmi mereka ataupun gedung dalam talian Senheng di Shopee. Seandainya anda seorang ahli PlusOne, anda bakal beroleh manfaat tambahan seperti:

  • Jaminan tambahan 1 tahun percuma
  • Cashback S-Coin 20%
  • EPP 0% sehingga 24 bulan
  • Kemudahan tukar beli & kredit S-Coin RM50
  • Penghantaran percuma

Spesifikasi Samsung Galaxy M53 5G

Samsung Galaxy M53 5G adalah sebuah telefon 6.7”. Panel paparannya adalah daripada jenis Super AMOLED yang menyokong kadar segar semula setinggi 120Hz pada resolusi FHD+. Atas papan utamanya ada cip Mediatek Dimensity 900 (6nm) yang bergandingan bersama RAM 8GB dan storan 256GB untuk pasaran kita.



Sungguhpun panel AMOLED digunakan, telefon ini tidak didatangkan dengan pengimbas cap jari disebalik paparan sebaliknya komponen itu disekalikan ebrsama butang kuasa.

Di jabatan pengimejan, telefon ini dilengkapi 4 kamera belakang. Kombinasi kamera-kamera tersebut adalah kamera utama 108MP, kamera ultralebar 8MP, kamera bokeh 2MP, dan kamera makro 2MP. Di bahagian depan, kamera selfie 32MP diletakkan di bahagiab berlubang di dahi telfon.

Bateri sebesar 5,000mAh membekalkan segala keperluan tenaga komponen elektronik di dalam telefon ini. Ia dicas melalui blok pengecas 25W.

Pada harga RM1,999 agak sukar untuk menyarankan kepada anda apabila kita sudah ada Galaxy A73 5G ataupun Samsung Galaxy S20 FE yang masing-masing berharga RM2,099 dan sekitar RM2,000 bila berada dalam tempoh promosi.

Tags: galaxy m53 5gsamsungsamsung galaxysamsung galaxy m53 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Samsung Galaxy M53 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Samsung Galaxy M53 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

13 June 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN