• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Apple kini secara rasmi sokong pindah data WhatsApp dari Android ke iPhone

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:11 pm
  • 14/06/2022
  • Komen
Apple kini secara rasmi sokong pindah data WhatsApp dari Android ke iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp adalah satu aplikasi yang penting untuk berhubung. Bermacam perkara boleh dikongsikan melaluinya dan ia mudah digunakan. Tapi, jika seseorang itu baru sahaja gunakan iPhone selepas sekian lama menggunakan WhatsApp di telefon Android, bagaimana caranya untuk dia pindahkan data WhatsApp ke telefon barunya itu?

WhatsApp kini secara rasminya menyokong perpindahan salinan data Android ke iPhone. Perkara ini dijayakan hasil kerjasama WhatsApp dan Apple.



Berada dalam versi Beta, pengguna kini boleh pindahkan pelbagai perkara dari WhatsApp di telefon Android ke peranti iPhone. Perkara tersebut ialah maklumat akaun, gambar profil, mesej individu, mesej kumpulan, sejarah sembang, media dan tetapan. Tapi, ada juga perkara yang anda tidak boleh pindahkan, iaitu sejarah panggilan atau nama paparan.

Apa yang diperlukan?

Untuk memindahkan data tersebut, anda perlu pastikan telefon Android anda menggunakan sistem operasi Android OS Lollipop, SDK 21 atau Android 5 dan ke atas. Manakala di iPhone pula, pastikan anda telah memuat turun sistem operasi iOS 15.5.



Seterusnya, di Android, aplikasi WhatsApp hendaklah ada pada versi 2.22.7.74 dan ke atas. Manakala untuk WhatsApp iOS, ia perlulah versi 2.22.10.70 ke atas. Selain itu, anda juga perlu gunakan nombor telefon sama seperti nombor yang anda gunakan pada WhatsApp di Android, untuk WhatsApp iPhone.

Untuk menjayakan pemindahan ini, iPhone anda mestilah ditetapkan semula kepada factory settings supaya ia boleh dihubungkan dengan aplikasi Move to iOS di Android. Dalam proses ini juga, kedua-dua peranti anda mestilah disambungkan kepada sumber kuasa, serta menggunakan rangkaian Wi-Fi yang sama. Jika tidak, anda boleh juga sambungkan peranti Android anda kepada hotspot iPhone.

Cara pindahkan data WhatsApp daripada Android ke iPhone

Berikut merupakan langkah yang perlu dilakukan untuk memindahkan data:

  1. Buka aplikasi Move to iOS di telefon Android dan ikut arahan pada skrin
  2. Kod akan dipaparkan pada iPhone anda. Masukkan kod itu pada Android.
  3. Tekan Continue dan ikut arahan pada skrin.
  4. Pilih WhatsApp pada skrin Transfer Data 
  5. Tekan START pada telefon dan tunggu WhatsApp sediakan data untuk dieksport
  6. Tekan NEXT untuk kembali ke aplikasi Move to iOS
  7. Kemudian, tekan CONTINUE untuk pindahkan data dari telefon Android ke iPhone dan tunggu aplikasi Move to iOS mengesahkan pemindahan itu berjaya
  8. Pastikan anda telah muat turun versi terkini WhatsApp daripada App Store untuk iPhone. Bukanya dan log masuk gunakan nombor telefon yang sama seperti WhatsApp di Android
  9. Tekan Start dan tunggu proses ini selesai
  10. Seterusnya, anda akan lihat perbualan anda dari Android tersedia di iPhone

Data yang anda pindahkan tidak akan disimpan di storan awan sehinggalah anda membuat sandaran iCloud. Jika anda bimbang WhatsApp melihat data yang anda pindahkan, anda tidak perlu khuatir kerana ia tidak berlaku. Telefon Android anda juga masih mempunyai data anda yang asal, ia hanya hilang apabila anda buang WhatsApp dari telefon.

Perlu diambil perhatian, versi Beta ini dilepaskan secara berperingkat. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentwng ciri baru ini menerusi ruangan FAQ WhatsApp di sini dan beberapa penyelesaian masalah di sini.

Tags: androidiphonewhatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Apple kini secara rasmi sokong pindah data WhatsApp dari Android ke iPhone

Apple kini secara rasmi sokong pindah data WhatsApp dari Android ke iPhone

14 June 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN