• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Macam muflis di Malaysia, AirAsia intai bursa A.S untuk disenaraikan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:43 pm
  • 14/06/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Capital A, syarikat milik Tony Fernandes kini merancang untuk menembusi bursa saham New York. Mereka kini sedang menjalankan proses-proses penyediaan dokumen dan dijangka disenaraikan dalam bursa saham di sana seawal 2023.

Di Malaysia, Capital A Berhad sudahpun berada di papan BSKL. Kini ia diniagakan pada harga kurang RM1.00 sesaham. Malahan syarikat itu kini diletakkan di bawah kategori Practice Note 17 (PN17) dalam bulan Januari 2022 apabila gagal beroleh pemanjangan masa bayaran balik ke atas hutang mereka.



Capital A masih mencatatkan kerugian. Laporan kewangan terbaharu adalah untuk Suku 1 2022 yang menyaksikan mereka mencatatkan Kerugian Sebelum Cukai RM1.076b, namun ia masih dianggap Capital A sebagai perkembangan “kukuh” menurut operator penerbangan itu.

Lagi tentang berkembangan positif AirAsia, mereka laporkan yang telah selesai bayar 99% hutang penumbang dan berikrar ingin menyelesaikan baki 0.8% secepat mungkin. Tapi perlu diingatkan yang penyelesaian yang dikatakan AirAsia mungkin bukanlah penyelesaian yang diharapkan pelanggan mereka.



AirAsia Aviation Group selesai bayar 99% hutang penumpang, AirAsia X komited dengan rancangan pembayaran – SoyaCincau.com

Sebahagian besarnya diberikan dalam bentuk baucar yang bermakna pelanggan masih perlu terbang bersama AirAsia ataupun lebih parah, berbelanja lebih banyak wang hanya untuk top-up tiket penerbangan yang tidak dicakupi nilai baucar.

Berbalik kepada kisah bursa saham A.S, kalau anda masih ingat, Grab adalah syarikat Asia Tenggara yang terbesar disenaraikan di Nasdaq sana. Pada hari pertama ia diniagakan, saham Grab melonjak kepada USD13.06 sesaham sebelum turun 33% kepada USD8.75. Setakat 13 Jun 2022, harga saham Grab terus turun melepasi paras USD2.50 sahaja.

Adakah Capital A akan hadapi situasi yang sama kelak?

[Sumber: Financial Times]

Tags: AirAsiakewangannasdaq
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Macam muflis di Malaysia, AirAsia intai bursa A.S untuk disenaraikan

14 June 2022
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN