• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Walaupun sebuah flagship, telefon Snapdragon Insider masih tersangkut di Android 11 dan sudah lebih 3 bulan tidak dikemas kini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:17 pm
  • 14/06/2022
  • Komen
Walaupun sebuah flagship, telefon Snapdragon Insider masih tersangkut di Android 11 dan sudah lebih 3 bulan tidak dikemas kini
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm Smartphone for Snapdragon Insider by Asus (Snapdragon Insider) adalah telefon yang dilancarkan dalam bulan Julai 2021 lalu. Di dalam pasaran A.S sana, harga jualannya adalah USD1,499 (RM6,218). Mujurlah telefon ini tidak masuki Malaysia, kalau tidak mesti menerima kecaman pengguna di sini.

Buat pemilik telefon Snapdragon Insider, mereka mungkin sedang kecewa dengan telefon mereka. Kalau anda pergi ke laman kemas kini firmware telefon ini di Asus, kali terakhir ia menerima kemas kini adalah pada 17 Mac 2022. Sekarang sudah hampir 3 bulan lamanya, masih belum ada walaupun kemas kini keselamatan yang sepatutnya disalurkan secara bulanan.



At launch, the smartphone will run stock Android 11 and Qualcomm will provide 4-years of regular security updates.

— Snapdragon (@Snapdragon) July 9, 2021

Perkara ini tentu sekali akan mencalarkan reputasi entiti-entiti yang terlibat dengan telefon ini iaitu Qualcomm dan Snapdragon. Sewaktu pelancaran, Qualcomm ada menyatakan yang mereka akan memberikan kemas kini secara kerap. Lebih parah, telefon ini masih tersangkut di Android 11 dan masih belum ada khabar ia akan terima Android 12.

Spesifikasinya bukan biasa-biasa. Ia diperkasa SoC Snapdragon 888 5G, cip flagship 2021. Tapi kelebihan telefon ini berbanding yang lain adalah Qualcomm mengatakan ia menyokong paling banyak jaluran 5G, sama ada sub-6 ataupun mmWave.



Bersama-sama SoC itu, anda terima RAM 16GB LPDDR5 dan juga storan 512GB.

Di bahagian muka, Asus meletakkan panel AMOLED 6.78” dengan refresh rate 144Hz. Selain mampu mencapai tahap kecerahan 1.2k nits, ia juga mampu memaparkan kandungan visual dalam piawaian HDR10+ dan HDR10.

Untuk pengimejan, ia dilengkapi kamera 64MP, 12MP (ultralebar), dan 8MP (telefoto).

Qualcomm tak melepaskan peluang untuk memperagakan teknologi-teknologi baharu mereka. Pengguna telefon Snapdragon Insider adalah antara yang pertama menikmati manfaat Snapdragon Sound, piawaian baharu Qualcomm untuk menambah baik pengalaman audio pada sudut latensi, penyaring hingar, dan bitrate audio. Ia didatangkan bersama earbuds Snapdragon Sound.

Bukan itu saja. Telefon ini turut menyokong Qualcomm Quick Charge 5 untuk mengisi bateri 4,000mAh-nya. Biasanya pengeluar lain lebih gemar menggunakan teknologi proprietari bagi melariskan produk pengecasan mereka.

Sumber: XDA Developer

Tags: asusqualcomm smartphone for snapdragon insider by asusQualcomm Snapdragonsnapdragon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER