• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazfit

Amazfit Bip 3 & Bip 3 Pro dilancar lebih besar dan tahan lebih lama

  • OLEH Najib
  • 9:13 am
  • 15/06/2022
  • Komen
Amazfit Bip 3 & Bip 3 Pro dilancar lebih besar dan tahan lebih lama
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit hari ini melancarkan generasi baru jam pintar mampu milik, siri Amazfit Bip 3. Ia membawakan beberapa naik taraf berbanding model lama, tetapi mengekalkan harganya yang murah.

Terdapat dua model diperkenal dalam siri ini iaitu Amazfit Bip 3 dan Amazfit Bip 3 Pro. Harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Amazfit Bip 3 – RM199
  • Amazfit Bip 3 Pro – RM249

Tempahan awal untuk siri Amazfit Bip 3 kini telah dibuka di Stor Rasmi Amazfit Shopee.

Amazfit Bip 3 Pro dilihat memiliki spesifikasi lebih hebat daripadad Redmi Watch 2 Lite yang dilancar akhir tahun lepas. Selain skrin lebih besar, ia juga memiliki hayat bateri yang tahan lebih lama.



Spesifikasi Bip 3 dan Bip 3 Pro

Secara luaran dan fizikal, kedua-dua model ini adalah serupa. Peningkatan ketara yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah skrinnya kini lebih besar, dari 1.43-inci kepada 1.69-inci . Ia menggunakan paparan LCD-TFT dan dilapisi selaput anti capjari dan ‘tempered glass’ melengkung 2.5D.

Kapasiti bateri turut dipertingkat kepada 280mAh, memberikan hayat yang lebih panjang. Untuk kegunaan biasa, ia boleh bertahan sehingga 14 hari dan penggunaan ekstrem sehingga 7 hari.

Daya tahan dan kalis air masih kekal dengan tahap IP68, dengan kedalaman sehingga 5ATM. Sehingga 60 jenis aktiviti kecergasan boleh dipilih untuk dipantau menggunakan jam pintar ini.

Pengesan denyutan nadi boleh memantau sepanjang masa 24/7 dan ia boleh memberi notis jika berlakunya denyutan nadi tidak sekata atau di luar kebiasaan. Di samping itu, ia juga mampu mengesan tahap oksigen dalam darah (SpO2) untuk mendapatkan maklumat asas kesihatan badan.

Pelbagai maklumat kecergasan dan tahap kesihatan badan ini boleh diproses untuk difahami dengan lebih bermakna, menerusi aplikasi Zepp di telefon pintar. Ia diuruskan oleh Personal Activity Intelligence (PAI) untuk memberi markah kesihatan diri serta aktiviti kecergasan. Aplikasi Zepp serasi digunakan bersama telefon pintar Android 7 dan ke atas, serta iOS 12 dan ke atas.

Kelebihan versi Pro adalah GPS terbina di dalamnya. Selain itu, pilihan warna juga sedikit berbeza. Amazfit Bip 3 datang dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, merah jambu dan biru. Bagi model Pro, warna pilihan adalah hitam, merah jambu dan krim.

Tags: amazfitAmazfit Bip 3Amazfit Bip 3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Amazfit Bip 3 & Bip 3 Pro dilancar lebih besar dan tahan lebih lama

Amazfit Bip 3 & Bip 3 Pro dilancar lebih besar dan tahan lebih lama

15 June 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER