• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Watch 2 Lite, naik taraf bateri dan skrin dengan harga kekal murah

  • OLEH Najib
  • 5:40 pm
  • 09/12/2021
  • Komen
Redmi Watch 2 Lite, naik taraf bateri dan skrin dengan harga kekal murah
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan jam pintar mampu milik baharu, Redmi Watch 2 Lite. Ia akan dijual di Malaysia mulai 12 Disember 2021 semasa jualan 12.12 kelak.

Sekali pandang, jam pintar ini sangat serupa dengan Mi Watch Lite yang dilancarkan tahun lepas. Ia boleh dikatakan sebagai model naik taraf, dengan mengekalkan harga yang mampu milik.



Redmi Watch 2 Lite akan dijual di Malaysia pada harga RM249. Ia datang dengan tiga pilihan warna, antara hitam, biru dan putih.

Tetapi orang ramai boleh mendapatkannya lebih murah pada hari pertama jualan. Eksklusif di Stor Xiaomi Global di Lazada pada 12 Disember 2021, Redmi Watch 2 Lite diberi diskaun sebanyak RM50. Jadi ia boleh dibeli pada harga RM199 sahaja.



Spesifikasi

Antara naik taraf di jam pintar ini adalah skrin sentuh lebih besar, berukuran 1.55-inci tetapi masih jenis LCD TFT dengan resolusi 320×320. Butang fizikal di sisi pula diubah ke tengah. Terdapat lebih 100 antaramuka disediakan untuk diubah, mengikut kesukaan pengguna.

Hayat bateri juga lebih panjang, sehingga 10 hari untuk kegunaan biasa dan ia mengecas melalui dok magnetik. Ia juga mengekalkan kekalisan air 5ATM, sesuai digunakan di bawah hujan, mandi atau terjun ke dalam kolam renang.

Untuk kecergasan, sehingga 100 mod boleh dipilih merangkumi aktiviti dalam dan luar bangunan termasuk sukan air, latihan kecergasan, sukan tempur, bola dan lain-lain jenis sukan. Ia juga mampu mengesan secara automatik samada pengguna berlari di atas treadmill, di luar atau berjalan supaya aktviti boleh direkod dengan lebih tepat.

Antara sensor yang dimiliki Redmi Watch 2 Lite adalah sensor denyutan nadi 24/7, pemantau tahap oksigen dalam darah (SpO2), 3 paksi pemecut, 3 paksi giroskop serta sistem pengesanan lokasi (GPS/GLONASS/Galileo/BeiDou). Suatu masa dahulu, GPS adalah fungsi premium tetapi kini, ia terdapat di lebih banyak jam pintar mampu milik.

Selain memantau denyutan nadi, jam ini juga boleh memantau waktu tidur pengguna, tahap tekanan minda dan menyimpan maklumat haid. Melalui aplikasi Xiaomi Wear, lebih banyak maklumat kesihatan dan kecergasan boleh dibaca oleh pengguna. Ia juga serasi dihubungkan kepada aplikasi Strava.

Bacaan Berkaitan

  • Mi Watch Lite tiba di Malaysia, jam pintar dengan GPS sangat mampu milik
  • Xiaomi Mi Watch tiba di Malaysia, hayat bateri 16 hari & GPS sehingga 50 jam
  • Mi Watch Revolve, jam tangan terbaru Xiaomi dengan paparan AMOLED berharga sekitar RM600
Tags: RedmiRedmi Watch 2 Litexiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi Watch 2 Lite, naik taraf bateri dan skrin dengan harga kekal murah

Redmi Watch 2 Lite, naik taraf bateri dan skrin dengan harga kekal murah

9 December 2021
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN