• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Watch Revolve, jam tangan terbaru Xiaomi dengan paparan AMOLED berharga sekitar RM600

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:30 pm
  • 30/09/2020
  • Komen
Mi Watch Revolve, jam tangan terbaru Xiaomi dengan paparan AMOLED berharga sekitar RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Semakin banyak jam tangan dengan fungsi pintar hadir dalam pasaran. Mi Watch Revolve adalah ahli terbaru daripada pengeluar Xiaomi. Ia miliki rekaan badan yang lebih kepada jam tangan formal tapi boleh juga digayakan secara kasual apabila muka jamnya ditukar.

Mi Watch Revolve ada muka jam sebesar 1.39” dengan panel AMOLED. Bingkainya agak nipis dan rata. Ia berikan kesan paparan penuh padanya. Ada dua jenis warna badan ditawarkan iaitu Midnigh Black dan Chrome Silver.



Ada dua butang fizikal di bahagian tepi kanan jam. Tapi kalau nak lebih cepat, paparannya peka sentuhan untuk mudahkan navigasi dijalankan.

Jam ini menggunakan tali standard bersaiz 22mm. Jadi, taiada masalah utuk dapatkan daripada pihak ketiga, asalkan lebar talinya ngam.



Xiaomi juga mengumumkan Mi Wear sebagai APP pendamping kepada jam tangan ini. Selepas ini, semua porduk-produk boleh pakai Xiaomi akan gunakan Mi Wear untuk menggantikan Mi Fit.

Fungsi-fungsi pintar yang ada dalam jam ini adalah seperti:

Jawab dan tolak panggilan telefon

  • Kawalan muzik
  • Notifikasi
  • Always-on-Display
  • Find My Phone
  • Altimeter
  • Weather
  • Flashlight
  • Breathing exercise
  • Stopwatch
  • Timer
  • Idle Alert
  • Alarm

Untuk digunakan sewaktu bersenam, ia ada pengimbas nadi yang boleh mengira bacaan VO2 Max. Kemudian, sensor GPS+GLONASS boleh rakam laluan larian anda untuk dikongsikan dengan orang lain. Pada sudut kelasakan, ia kalis air pada tahap 5 ATM.

Pengeluarnya menyatakan yang bateri jam ini boleh bertahan sehingga 14 hari lamanya tapi ia bergantung pada pola penggunaan.

Mi Watch Revolve dijual pada harga INR 10,999 (RM 619) tapi dalam waktu terhad, ia dijual pada harga INR 9,999 (RM 563) di India. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: mi watch revolvemi wearxiaomixiaomi watch revolve
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mi Watch Revolve, jam tangan terbaru Xiaomi dengan paparan AMOLED berharga sekitar RM600

Mi Watch Revolve, jam tangan terbaru Xiaomi dengan paparan AMOLED berharga sekitar RM600

30 September 2020
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN