Realme hari ini telah melancarkan telefon pintar dan fon telinga TWS baru di peringkat antarabangsa. Pelancaran ini seterusnya disambung dengan pengumuman jualannya di Malaysia.
Terdapat tiga produk yang diumumkan dalam majlis pelancaran ini iaitu telefon pintar Realme GT Neo 3, bersama fon telinga TWS Realme Buds Air 3 Nitro Blue dan Realme Buds Q2s.
Harga, promosi dan tarikh jualan
Ketiga-tiga produk Realme yang dilancarkan hari ini, akan mula dijual di Malaysia bermula hari ini, 15 Jun 2022. Harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:
- Realme GT Neo 3 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,099
- Realme Buds Air 3 Nitro Blue – RM279
- Realme Buds Q2s – RM139
Ia akan terdapat secara eksklusif selama 3 hari, dari 15-17 Jun 2022 di Stor Rasmi Realme Lazada. Dalam tempoh ini, Realme menawarkan potongan harga sebagai penghargaan untuk pembeli terawal. Terdapat juga diskaun untuk pembelian gandingan produk.
Tawaran yang disediakan di Lazada selama 3 hari ini adalah:
- Realme GT Neo 3 (RAM 12GB + Storan 256GB) –
RM2,099RM1,799 - Realme Buds Air 3 Nitro Blue –
RM279RM239 - Realme Buds Q2s –
RM139RM99
- Realme GT Neo 3 + Buds Air 3 Nitro Blue –
RM2,378RM2,028 - Realme GT Neo 3 + Buds Q2s-
RM2,238RM1,888
Spesifikasi Realme GT Neo 3
Realme mengekalkan harga GT Neo 3 serupa dengan GT Neo 2 tahun lepas. Tetapi ia mengurangkan RAM daripada 12GB kepada 8GB sahaja. Malah, hanya 1 varian GT Neo 3 dijual di Malaysia.
GT Neo 3 dikuasakan cip generasi baru Mediatek, Dimensity 8100 5G 5nm. bersama RAM LPDDR5 8GB dan storan dalaman UFS 3.1 256GB. Tidak slot kad mikroSD untuk storan tambahan.
Skrinnya jenis AMOLED 6.7-inci, HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Kaca Corning Gorilla Glass 5 yang tahan lasak melapisi bahagian atas skrin.
Lubang kecil di atas skrin memuatkan kamera hadapan 16MP. Di belakang pula ada gabungan kamera utama 50MP F1.88 dengan sensor Sony IMX766 OIS, kamera ultra lebar 8MP F2.25 dan kamera makro 2MP F2.4.
Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 80W SuperDart Charge melalui USB-C. Sistem bunyi dihasilkan oleh dua pembesar suara Super Linear yang diiktiraf Dolby Atmos dan Hi-Res Audio. Tiada jek audio 3.5mm padanya.
Pengimbas capjari ada di dalam skrin dan ia turut mampu mengesan denyutan nadi pengguna. Sistem operasi Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 digunakan pada telefon ini.
Di Malaysia, ada dua warna ditawarkan iaitu biru dan putih. Kedua-duanya memiliki kemasan jalur kereta lumba di belakang.
Spesifikasi Realme Buds Air 3
Ini bukanlah fon telinga yang baharu, tetapi hari ini dilancarkan dengan warna serba baharu iaitu biru. Warna ini sebenarnya diperkenal untuk digandingkan bersama GT Neo 3 berwarna biru.
Fon telinga ini memiliki penyaring hingar aktif (ANC) setinggi 42db serta mod telus bunyi (transparency). Diiktiraf kalis percikan IPX5, ia boleh digunakan semasa aktif bersukan atau di bawah hujan renyai.
Ia mengecas menggunakan USB-C dengan masa mengecas hanya 100 minit dari 0-100%. Hayat bateri pula sehingga 30 jam dalam mod biasa, atau 22 jam dengan mod ANC. Di fon telinga sahaja, ia boleh digunakan sehingga 7 jam mod biasa atau 5.5 jam mod ANC.
Spesifikasi Realme Buds Q2s
Ini adalah model naik taraf daripada Realme Buds Q2. Ia memiliki hayat bateri lebih panjang, sehingga 30 jam dan masa mengecas lebih cepat.
Rekaan badannya juga sedikit berbeza, tampil dengan bahagian atas lutsinar. Menampakkan kedudukan fon telinga di dalam bekas.
Tiada penyaring hingar aktif pada Buds Q2s tetapi ia memiliki penapis hingar semasa membuat panggilan. Fon telinga ini juga menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos.
Terdapat tiga pilihan warna untuk Buds Q2s, iaitu putih, hitam dan hijau.
Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme GT Neo 3, Realme Buds Air 3 dan Realme Buds Q2s.
Bacaan berkaitan
- Realme GT Neo 2 dengan RAM 12GB ada harga promosi di bawah RM2,000
- Narzo 50 5G dan Narzo 50 Pro 5G, telefon kelas pertengahan baru tiba dengan diskaun RM200
- Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia
- Realme 9: Maklumat penjualannya di Malaysia
- Realme Pad Mini: Maklumat penjualannya di Malaysia