• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cukai LVG bermula 2023, ia akan beri kesan kepada beli-belah dalam talian anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:39 am
  • 16/06/2022
  • Komen
Cukai LVG bermula 2023, ia akan beri kesan kepada beli-belah dalam talian anda
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda yang bermula 1 Januari 2023 kelak, kerajaan akan mengenakan cukai ke atas pembelian barang dalam talian yang dihantar daripada luar negara? Perkara ini bukanlah benda baharu, ia sudahpun dihebahkan sewaktu pembentangan Bajet 2022 tahun lalu. Cumanya hebahannya tidaklah sekuat inisiatif lain.

Perinciannya adalah seperti berikut.



Situasi masa ini adalah cukai jualan dikenakan ke atas semua barang bercukai sama ada yang dihasilkan di Malaysia ataupun yang diimport dari luar Malaysia. Namun, pengecualian diberikan ke atas barang bernilai tidak melebihi RM500 (LVG) yang masuk melalui lapangan terbang antarabangsa.

Inilah yang ingin diubah kerajaan. Mereka ingin memansuhkan pengecualian yang telah dinikmati penjual luar sejak sekian lama. Dengan pemansuhan ini, semua penjual tak kiralah sama ada penjual tempatan ataupun luar negara akan menghadapi persaingan yang lebih adil.



Kesannya kepada kita yang gemar berbeli belah dalam talian adalah kita mungkin menyaksikan jurang harga produk yang lebih rapat antara yang dihantar dari luar negara berbanding yang dihantar dari dalam negara.

Jiran kita Singapura terlebih dahulu mengumumkan langkah serupa. Republik itu dilihat lebih proaktif apabila dokumen tentang tatacara memeungut cukai LVG sudahpun diterbitkan seawal 30 Julai 2021.

Di sana, cukai ke atas LVG yang dibawa masuk dikenakan pada kadar 7% ke atas barang bernilai melebihi SGD400.

Sekiranya mekanisme yang hampir sama diamalkan Malaysia untuk memungut cukai LVG, kita akan menyaksikan yang penjual luar negara turut perlu mendaftarkan diri dalam sistem pencukaian negara kita.

Tags: bajet 2022Cukaimalaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

30 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Cukai LVG bermula 2023, ia akan beri kesan kepada beli-belah dalam talian anda

Cukai LVG bermula 2023, ia akan beri kesan kepada beli-belah dalam talian anda

16 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER