• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Diskaun RM400, naik taraf storan percuma untuk siri Galaxy S22, dan telefon kalis air bawah RM1,000!

  • OLEH Najib
  • 2:32 pm
  • 16/06/2022
  • Komen
Hadiah tempahan awal habis, Samsung kini ada hadiah baru untuk pembeli Galaxy S22
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia kini mengadakan promosi untuk beberapa produk mereka, termasuk telefon pintar siri Galaxy S22. Selain potongan harga, Samsung turut menawarkan naik taraf storan percuma.

Tawaran eksklusif ini hanya terdapat di Stor Online Samsung Malaysia, sehingga 30 Jun 2022 sahaja.



Harga sama storan diganda

Khas untuk siri Galaxy S22, Samsung kini memberikan diskaun sehingga RM400 untuk siri Galaxy S22. Dalam erti kata lain, anda boleh mendapatkan storan diganda pada harga yang serupa.

Selain itu, Samsung juga memberikan hadiah percuma untuk pembelian siri Galaxy S22. Harga promosi dan hadiah percuma adalah seperti berikut:



  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 512GB – RM 5,899 RM 5,499 [PERCUMA Galaxy Buds Live & Camera Filter Mount]
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB – RM 5,499 RM 5,099 [PERCUMA Galaxy Buds Live & Camera Filter Mount]
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 256GB – RM 4,299 RM 4,099 [PERCUMA Galaxy Buds Live & Camera Filter Mount]
  • Samsung Galaxy S22 5G 256GB – RM 3,699 RM 3,499 [PERCUMA Galaxy Buds Live & Camera Filter Mount]
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 128GB – RM 5,099 [PERCUMA Galaxy Watch 4 Classic]
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 128GB – RM 4,099 [PERCUMA Galaxy Watch 4 Classic]
  • Samsung Galaxy S22 5G 128GB – RM 3,499 [PERCUMA Galaxy Watch 4]

Belanja RM6,000 dapat diskaun RM360

Jika anda berminat membeli produk Samsung dengan nilai RM6,000 atau lebih, anda boleh mendapatkan diskaun RM360. Hanya masukkan kod promosi EVOUCHER360 semasa Checkout, sebelum membuat bayaran. Pastikan kod telah disahkan dan RM360 ditolak dari jumlah bayaran.

Kod promosi RM360 ini boleh digunakan untuk membeli telefon pintar, tablet, jam pintar, fon telinga serta aksesori. Boleh gabungkan mana-mana produk tersebut, asalkan harganya melebihi RM6,000.

Telefon kalis air di bawah RM1,000!

Jika anda mencari-cari telefon pintar yang kalis air yang murah, Samsung kini menawarkan kembali Galaxy A52 dengan harga RM949 sahaja. Ini adalah model 4G, dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Hanya ada warna hitam.

Galaxy A52 dikuasakan cip Snapdragon 720G, dengan skrin Super AMOLED 6.5-inci HD Penuh 90Hz, speaker stereo dan masih ada slot kad mikrosd, serta jek audio. Ia juga kalis air IP67.

Tambah RM300 untuk Smart Monitor M5

Dalam promosi di tempat dan tempoh yang sama, Samsung juga menawarkan Smart Monitor M5 pada harga RM300 untuk pembeli Galaxy S22 Ultra. Hanya bayar RM5,799 untuk Galaxy S22 Ultra 256GB dan Smart Monitor M5.

Untuk maklumat lanjut tentang semua promosi ini, layari laman web Samsung e-Store Promotion.

Tags: samsungSamsung Galaxy A52Samsung Galaxy S22
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Hadiah tempahan awal habis, Samsung kini ada hadiah baru untuk pembeli Galaxy S22

PROMO: Diskaun RM400, naik taraf storan percuma untuk siri Galaxy S22, dan telefon kalis air bawah RM1,000!

16 June 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN