• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco C40 diumum rasmi tanpa maklumat paling penting

  • OLEH Najib
  • 8:40 am
  • 17/06/2022
  • Komen
Poco C40 diumum rasmi tanpa maklumat paling penting
Share on FacebookShare on Twitter

Poco kini telah melancarkan Poco C40, telefon pintar yang dikatakan sangat mampu milik. Ia memiliki skrin yang sangat luas, bersama kapasiti bateri yang sangat besar.

Bagaimanapun, Poco tidak mengumumkan tarikh mula Poco C40 dijual, serta tanda harganya. Yang diberitahu, harga dan tarikh jualan berbeza mengikut pasaran dan akan dimaklumkan kemudian.



Akan ada dua varian Poco C40 berada di pasaran kelak iaitu RAM 3GB bersama storan 32GB, serta RAM 4GB dan storan 64GB. Saya jangkakan, varian termurah akan dijual di bawah RM500 di Malaysia. Lebih murah daripada Redmi 10C.

Spesifikasi Poco C40

Seperti yang telah diketahui sebelum ini, cip utama yang digunakan oleh Poco C40 bukan dihasilkan oleh Qualcomm, Mediatek ataupun Unisoc, sebaliknya dibuat oleh JLQ Technology iaitu SoC JR510. Ia ada 8-teras pemproses dengan pecahan 4-teras berkuasa 2.0Ghz dan 4-teras lagi cekap tenaga 1.5GHz. GPU pula ialah Mali-G52. Dikatakan, prestasinya setara Snapdragon 450 atu Mediatek Helio G35.



RAM disediakan sehingga 4GB dan storan pula sehingga 64GB. Kad mikroSD sehingga 1TB turut diterima untuk meluaskan storan.

Skrin LCD yang sangat besar dipasang di Poco C40, berukuran 6.71-inci tetapi resolusi HD 720p sahaja. Ia dilindungi kaca Corning Gorilla Glass, tetapi tidak dimaklumkan nombornya. Mungkin kaca Corning paling rendah.

Takuk di atas skrin memuatkan kamera hadapan 5MP F2.2. Di belakang pula, ia dilengkapi kamera utama 13MP F2.2 dan kamera potret 2MP F2.4 sahaja. Pengimbas capjari terletak di bawah modul kamera belakang.

Kapasiti bateri sebesar 6,000mAh adalah tarikan utama dalam pengumuman. Ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C, tetapi pengecas yang datang dalam kotak hanyalah berkuasa 10W. Perlu beli pengecas berasingan untuk menggunakan kuasa penuh 18W.

Pembesar suara hanya satu, mengeluarkan bunyi mono dari bawah telefon. Ia juga masih ada jek audio 3.5mm dan boleh mengguunakan radio FM jika disambung fon telinga berwayar.

Satu perkara yang tidak kelihatan di Poco C40 adalah pemancar infra merah. Poco menyatakan telefon ini kalis percikan air IP52. Ia juga menjalankan MIUI 13 for Poco, berasaskan Android 11. Tidak dimaklumkan berapa banyak kemaskini akan diberikan.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Poco C40, antara kuning, hijau dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Poco C40.

Bacaan Berkaitan

  • Poco C40 terdedah sepenuhnya, menggunakan cip JLQ JR510 yang tidak dikenali ramai
  • Redmi 10C kembali sebagai peranti murah Xiaomi di bawah RM600
  • Redmi 10A, telefon Xiaomi paling murah tiba di Malaysia
  • Xiaomi lancar Redmi 10 dengan skrin 90Hz, harga tidak semurah dahulu
Tags: PocoPoco C40
Najib

Najib

POPULAR

Poco C40 diumum rasmi tanpa maklumat paling penting

Poco C40 diumum rasmi tanpa maklumat paling penting

17 June 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER