• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ada salah ejaan atau sebutan di video Youtube? Ia kini boleh dibetulkan dengan cara ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:45 pm
  • 17/06/2022
  • Komen
Ada salah ejaan atau sebutan di video Youtube? Ia kini boleh dibetulkan dengan cara ini
Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya, pencipta kandungan hanya perasan kesilapan pada video selepas ia berjaya di muat naik di Youtube. Contohnya seperti kesalahan salah sebutan dan salah ejaan. Setakat ini, tiada alat suntingan di Youtube yang boleh membetulkannya, melainkan anda buang sahaja bahagian yang salah itu melalui fungsi Trim diciri Video editor. Tapi, bagaimana jika bahagian yang mengandungi kesalahan itu adalah bahagian yang penting dan tidak mahu diubah?

Untuk selesaikan masalah ini, pencipta kandungan biasanya akan padam video tersebut dan muat naik semula video baru yang sudah dibetulkan. Tapi jika jumlah like, komen dan jumlah tontonan sudah tinggi, pasti rasa berat untuk memadam video itu.



Kebiasaannya, apabila saya sedar terdapat kesalahan pada tulisan atau sebutan di dalam video, saya akan tulis semula pembetulannya di ruangan Description atau komen. Tapi, menjadi masalah jika penonton tidak membuka 2 ruangan ini. Maka sudah tentu mereka tidak akan tahu mengenai pembetulan yang ada.

Pembetulan dalam bentuk teks dengan YouTube Corrections

Bagi membuatkan penonton peka dengan pembetulan, Youtube ada perkenalkan satu ciri baru dinamakan YouTube Corrections. Melaluinya, pencipta kandungan boleh menambah pembetulan selepas video dimuat naik dan ia akan dipaparkan dalam bentuk teks.



Kemudian, semasa individu tonton video anda, mereka akan dipaparkan dengan notis pop-up bertulis View Corrections. Apabila notis pop-up ini ditekan ia akan membawa penonton kepada pembetulan yang anda tulis. Dalam pembetulan akan dinyatakan masa (timestamp) beserta perkara yang anda ingin betulkan. Contoh seperti gambar di bawah.

Cara lakukan pembetulan guna YouTube Corrections

Cara untuk lakukan pembetulan ini lebih kurang sama dengan cara menghasilkan segmen pada video. Berikut merupakan langkahnya:

  1. Pada bahagian Description, tulis Correction atau Corrections
  2. Tambah masa (timestamp) dan pembetulan anda.

Setelah anda save, notis pop-up akan dipaparkan pada video semasa orang menontonnya. Saya cuba lakukannya pada video di Youtube SoyaCincau BM, tapi tidak berhasil. Mungkin kerana ia baru diperkenalkan maka tidak ramai lagi yang boleh menggunakannya. Tapi ciri ini sangat berguna, dengannya, anda bolehlah betulkan video YouTube tanpa perlu padam video asal dan memuat naiknya semula.

[Sumber: 9TO5Google, Google]

Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER