• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga siling telur, ayam & minyak masak bakal dimansuhkan, ini langkah untuk dapatkan barang dengan harga terendah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:20 pm
  • 22/06/2022
  • Komen
Harga siling telur, ayam & minyak masak bakal dimansuhkan, ini langkah untuk dapatkan barang dengan harga terendah
Share on FacebookShare on Twitter

Jika sebelum ini tindakan tegas di ambil kepada peniaga yang menjual ayam melebihi harga maksimum, tapi selepas 1 Julai, perkara ini tidak akan berlaku lagi. Harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen di dalam botol tidak akan diteruskan. Perkara ini diputuskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurut Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, tindakan itu dibuat bagi memastikan bekalan bahan makanan dan harga dalam pasaran akan lebih stabil dalam tempoh jangka panjang. Harga barangan itu nanti akan ditentukan oleh pasaran dan ia dijangka akan meningkat. Harga siling ayam RM8.90 sekilogram dijangkan akan naik selepas 30 Jun ini. Tapi, pihak industri telah beri jaminan yang harganya tidak akan naik terlalu mendadak.



Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah)

Beliau dimaklumkan oleh pihak industri bahawa harga siling ayam akan berlegar sekitar RM10 sekilogram. Beliau turut beri jaminan yang harga ayam tidak akan naik mendadak. Di samping itu, harga minyak masak botol 2kg, 3kg dan 5kg akan ditentukan oleh harga minyak sawit mentah dunia bermula 1 Julai nanti. Untuk minyak masak polibeg, kerajaan masih teruskan subsidi RM2.50 sekilogram untuk semua pengguna.

Memandangkan 3 barangan asas ini bakal mengalami kenaikan harga, sudah pasti ia akan datangkan kesan kepada ramai pengguna. Lebih-lebih lagi para peniaga makanan yang sering beli barangan tersebut untuk keperluan jualan. Oleh itu, apa yang orang ramai boleh lakukan untuk dapatkan harga barangan paling rendah di dalam pasaran?



Periksa harga barang di Price Catcher

Dengan menggunakan aplikasi Price Catcher, ia boleh bantu anda cari dan bandingkan harga barang keperluan harian di kedai sekitar anda. Jadi anda bolehlah pergi ke kedai yang tawarkan harga barang paling rendah.

Contohnya, saya nak beli telur ayam gred A di kawasan rumah saya. Jadi, saya lakukan carian telur di aplikas ini. Setelah pilih jenis telur ayam yang di mahukan, senarai harga dari kedai di sekitar akan di senaraikan.

Aplikasi yang dibangunkan oleh KPDNHEP ini boleh dimanfaatkan oleh semua orang, supaya setiap individu dapat berjimat semasa berbelanja. Ini juga merupakan sumber untuk kita berbelanja dengan bijak. Anda boleh tonton pengalaman rakan saya di SoyaCincau menggunakan aplikasi ini menerusi video di bawah.

[Sumber: Kosmo, KPDNHEP]

Tags: KPDNHEPPrice Catchersubsidi
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Harga siling telur, ayam & minyak masak bakal dimansuhkan, ini langkah untuk dapatkan barang dengan harga terendah

Harga siling telur, ayam & minyak masak bakal dimansuhkan, ini langkah untuk dapatkan barang dengan harga terendah

22 June 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN