• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MEASAT-3d selamat dilancarkan, apa agenda seterusnya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:57 am
  • 23/06/2022
  • Komen
MEASAT-3d selamat dilancarkan, apa agenda seterusnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Tepat jam 5:59 pagi waktu Malaysia 23 June 2022, roket pengangkut Ariane 5 yang mendukung kod penerbangan VA257 berjaya berlepas daripada dek pelancaran. Proses pelancaran berlaku dalam tetingkap masa yang ditetapkan walaupun terdapat kegendalaan pada takat 7 minit sewaktu pelancaran untuk proses semakan akhir.

Apakah yang berlaku seterusnya?

Selepas tepat 28 minit 39 saat roket dilancarkan, pada ketinggian 1,197km daripada permukaan bumi, MEASAT-3d akan terpisah daripada badan roket. Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, MEASAT-3d akan dibawa ke slot 91.5°E dan diaktifkan.



Tempoh percubaan selama sebulan akan dijalankan ke atas kelengkapan satelit bagi memastikan semuanya berfungsi seperti yang sepatutnya. Selepas itu, barulah operasi komersial dimulakan.

Apa manfaatnya kepada rakyat Malaysia?

Untuk pengguna seperti kita, ada dua manfaat langsung boleh dirasakan daripada MEASAT-3d ini. Yang pertama adalah cakupan Internet jalur lebar yang lebih utuh di pedalaman. Apabila sambungan Internet tidak dibataskan oleh keadaan muka bumi, kita boleh mendapatkan akses Internet walau di mana jua.



Kita sudahpun ada ConnectMe, yang katanya berkhidmat kepada 300 ribu penduduk luar bandar dalam tahun 2022. Akan datang, MEASAT turut berkongsikan yang Maxis juga akan memanfaatkan satelit sebagai backhaul untuk sambungan Internet di kawasan-kawasan sukar dicapai.

MEASAT-3d mampu membekalkan perkhidmatan Internet satelit 100Mbps berbanding 30Mbps sebelum ini.

Manfaat kedua adalah siaran TV yang beresolusi tinggi. Perkara ini lebih kepada pelanggan Astro. Kandungan beresolusik setinggi 8K mampu dipancarkan satelit baharu ini disebabkan sokongan Ka-Band HTS yang mempunyai jalur perpindahan data seluas 30 Gbps.

Persoalan lebih penting kepada pengguna, bilakah semua ini akan dirasakan?

Tags: astroConnectmekomunikasiMEASATmeasat-3dtelekomunikasi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

MEASAT-3d selamat dilancarkan, apa agenda seterusnya?

MEASAT-3d selamat dilancarkan, apa agenda seterusnya?

23 June 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN