• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung umum sensor kamera 200MP terkecil dalam industri, ISOCELL HP3

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:32 pm
  • 23/06/2022
  • Komen
Samsung umum sensor kamera 200MP terkecil dalam industri, ISOCELL HP3
Share on FacebookShare on Twitter

Perlumbaan telefon siapa yang ada megapiksel paling tinggi kini masuki fasa baharu. Samsung mengumumkan ISOCELL HP3 yang katanya adalah sensor 200MP terkecil. Sebelum HP3, Samsung jugalah yang memegang rekod sama menerusi ISOCELL HP1 yang mereka perkenalkan tahun sudah.

Samsung ISOCELL HP1, sensor kamera 200MP, 50MP, dan 12MP dalam satu pakej – SoyaCincau.com



Masih mengekalkan bilangan megapiksel 200MP, Samsung telah mengecilkan saiz sensor kepada 1/1.4” ataupun 12% lebih kecil berbanding sebelum ini. Apabila saiz sensor mengecil, saiz setiap piksel juga perlu dikecilkan. ISOCELL HP3 memiliki saiz piksel individu 0.56 mikron (vs. 0.64 mikron pada HP1).

Menurut Samsung, ia membolehkan modul keseluruhan kamera telefon dikecutkan kepada 20% berbanding sebelumnya bagi memastikan pengeluar telefon dapat mengekalkan fizikaliti langsing telefon mereka.



Sistem autofokus Super QPD dilapor menyelaputi keseluruhan sensor bagi memastikan subjek berada dalam medan fokus pada setiap masa. Lagi perkara baharu yang diperkenalkan adalah sistem Tetra2pixel. Cara kerjanya nampaknya seperti sama dengan ChameleconCell ISOCELL HP1 apabila resolusi sensor boleh berubah secara fizikel antara 200MP, 50MP, dan 12MP dalam situasi tertentu.

Lain-lain spesifikasi kelihatan serupa dengan HP1. Sensor ini boleh lakukan tangkapan selanjar pada resolusi 200MP pada kadar 7.5fps, 30fps pada 30MP dan 120fps pada 12.5MP. Untuk video pula, ia berkeupayaan untuk merakam video 8K pada 30fps, 4K pada 120fos ataupun FHD pada 240fps.

Setakat ini masih belum ada telefon yang diperkasa sensor HP1. Tak tahulah pengeluar manakah yang akan gunakan HP3.

Sumber: Samsung

Tags: samsungsamsung isocell hp3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022
Samsung umum sensor kamera 200MP terkecil dalam industri, ISOCELL HP3

Samsung umum sensor kamera 200MP terkecil dalam industri, ISOCELL HP3

23 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER