• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Guna butang ini untuk hidupkan sarikata dalam video di Twitter

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:57 pm
  • 24/06/2022
  • Komen
Guna butang ini untuk hidupkan sarikata dalam video di Twitter
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter telah umumkan bahawa butang untuk hidupkan sarikata pada video telah tersedia untuk pengguna iOS dan Android. Jurucakap Twitter, Shaokyi Amdo mengatakan bahawa butang ini hanya akan dipaparkan pada video dengan kapsyen yang sudah tersedia. Ia tiada kaitan dengan ciri sarikata automatik.

Maksudnya, kemunculan butang ini bergantung kepada video yang dimuat naik. Jika ada fail kapsyen dimuat naik bersama-sama, maka anda bolehlah hidup atau matikan sarikata menggunakan butang cc yang dipaparkan. Butang cc ini akan tersedia pada bahagian atas, di sebelah kanan video. Dengan tekan pada butang ini anda bolehlah akses sarikata, tanpa mengira anda menjumpai video tersebut di timeline atau pun di profil pengguna lain.



Video yang di muatnaik sekali dengan fail kapsyen adalah berbeza dengan video tanpa fail tapi ada sarikata automatik. Sarikata automatik untuk video telah dilancarkan pada tahun lepas dan ia hanya boleh diakses melalui video yang lalu di Timeline sahaja. Tapi sehingga kini, saya masih belum dapat melihatnya pada mana-mana video di Twitter.

Selain Twitter, aplikasi Tiktok, Youtube dan Instagram juga mempunyai ciri sari kata yang membolehkan percakapan di dalam video dipaparkan dalam bentuk teks kepada penonton. Fungsi ini memang berguna lebih-lebih lagi apabila anda ingin menonton video tanpa mengganggu orang lain disekitar. Ia turut berfungsi untuk pengguna yang memiliki masalah pendengaran.



[Sumber: TheVerge]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Guna butang ini untuk hidupkan sarikata dalam video di Twitter

Guna butang ini untuk hidupkan sarikata dalam video di Twitter

24 June 2022
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN