• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5G Malaysia terpantas di dunia, Xiaomi Smart Band 7 semakin canggih & Telegram Premium dilancar| SBM #73

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:43 am
  • 28/06/2022
  • Komen
5G Malaysia terpantas di dunia, Xiaomi Smart Band 7 semakin canggih & Telegram Premium dilancar| SBM #73
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang dikongsikan ialah perbezaan Telegram Premium dengan versi percuma, 5G Malaysia paling pantas di dunia, manfaat pelancaran MEASAT-3d kepada masyarakat dan banyak lagi berita lain yang diketengahkan.

1. Poco F4 & Poco X4 GT : Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco perkenalkan dua telefon pintar dengan harga yang amat berbaloi berbanding prestasi yang diberikan. Poco F4 dinaik taraf dengan teknologi LiquidCool 2.0 yang memiliki kebuk wap sebesar 3,112m2. Poco X4 GT dikuasakan cip Mediatek Dimensity 8100 5nm. RAM dipertingkat kepada jenis LPDDR5.



Maklumat lanjut di bawah:

  1. Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia
  2. Poco F4: Maklumat penjualannya di Malaysia

2. Xiaomi Smart Band 7, semakin canggih ditambah bacaan VO2 max

Xiaomi umumkan ketibaan gelang pintar penjejak kecergasan terbaru, Xiaomi Smart Band 7 ke Malaysia. Harga jualan rasmi Smart Band 7 telah ditetapkan pada RM199. Smart Band 7 ini dinaik taraf dengan skrin 25% lebih luas. Ia juga kini boleh menjejak tahap VO2 max pengguna untuk pemantauan kecergasan yang lebih mendalam.  



Maklumat lanjut di sini.

3. Telegram Premium dilancarkan, apa bezanya dengan versi percuma?

Telegram Premium kini boleh mula dilanggan. Di Android, harga langganannya adalah RM22.99/bulan manakala platform iOS adalah RM22.90/bulan. Buat pengguna tegar Telegram yang mengendalikan Group ataupun Channel yang besar, harganya ialah RM23/bulan.

Berita penuh di sini.

4. ​​Opensignal dapati 5G Malaysia paling pantas di dunia

Baru-baru ini, kami ada terima laporan daripada Opensignal yang menerangkan tentang prestasi rangkaian 5G sedunia untuk suku kedua 2022. Menariknya, Malaysia menduduki tangga teratas kelajuan muat naik dan muat turun 5G.

Berita lanjut di sini.

5. Google Doodle memperingati Dr. Lim Boo Liat, pakar Zoologi dari Malaysia yang diiktiraf antarabangsa

Anda perasan tak doodle di Google minggu lepas ada berikan penghormatan kepada mendiang Dr. Lim Boo Liat? Beliau ialah seorang ahli zoologi dan mamalia terkemuka di Malaysia. Dr. Lim Boo Liat telah bantu tubuhkan Zoo Negara dan telah tulis lebih daripada 300 penerbitan saintifik tentang mamalia dan parasitologi.

Berita penuh di sini.

6. Grab tawar bonus sehingga RM1000 untuk pemandu baru

Grab tawarkan bonus pendaftaran sehingga RM1,000 untuk rakan kongsi pemandu yang baru. Tawaran ini terhad sehingga 31 Julai 2022 sahaja. Untuk rebut peluang ini, anda boleh daftar sebagai pemandu Grab di laman web mereka sekarang.

Maklumat lanjut di sini.

7. MEASAT-3d selamat dilancarkan, apa agenda seterusnya?

Pada 23 June 2022, jam 5:59 pagi waktu Malaysia, roket pengangkut Ariane 5 yang mendukung kod penerbangan VA257 berjaya berlepas daripada dek pelancaran. Untuk pengguna seperti kita, ada dua manfaat boleh didapati daripada MEASAT-3d ini. Pertama adalah cakupan Internet jalur lebar yang lebih utuh di pedalaman. Kedua adalah siaran TV beresolusi tinggi.

Berita penuh di sini.

Tags: 5gGoogle DoodleGrabmeasat-3dOpenSignalPoco F4Poco X4 GTtelegramXiaomi Smart Band 7
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5G Malaysia terpantas di dunia, Xiaomi Smart Band 7 semakin canggih & Telegram Premium dilancar| SBM #73

5G Malaysia terpantas di dunia, Xiaomi Smart Band 7 semakin canggih & Telegram Premium dilancar| SBM #73

28 June 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER