• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Grab tawar bonus sehingga RM1000 untuk pemandu baru

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:20 pm
  • 22/06/2022
  • Komen
Grab tawar bonus sehingga RM1000 untuk pemandu baru
Share on FacebookShare on Twitter

Grab tawarkan bonus pendaftaran sehingga RM1,000 untuk rakan kongsi pemandu yang baru. Jika anda sedang mencari peluang untuk jana pendapatan dan ada kenderaan, ambillah peluang ini segera sebab ianya terhad sehingga 31 Julai 2022 sahaja.

Untuk dapatkan bonus RM 1,000, anda perlu lengkapkan 60 perjalanan e-Hailing dalam masa 30 hari dari tarikh akaun anda diaktifkan. Tapi, jika anda hanya berjaya lengkapkan 30 perjalanan dalam tempoh tersebut, anda boleh juga terima bonus, cuma jumlahnya hanyalah RM 500. Bonus itu akan dibayar ke dompet tunai Grab. 



Cara sertai Grab

Untuk jadi pemandu Grab, berikut merupakan perkara yang perlu anda lakukan:

  1. Daftar sebagai pemandu Grab di sini
  2. Lengkapkan latihan dalam talian dan pengesahan bersemuka
  3. Dapatkan Lesen PSV anda
  4. Dapatkan Permit Kenderaan e-Hailing (EVP) anda daripada Grab dan mula memandu

Grab berharap inisiatif ini dapat menarik rakan kongsi pemandu baharu untuk memenuhi permintaan pasca wabak. Menurut Rashid Shukor, pengarah operasi dan mobiliti negara Grab Malaysia, sehingga pertengahan Mei tahun ini, bilangan rakan kongsi pemandu di Grab masih kurang daripada 70% daripada pra-pandemik. Salah satu puncanya adalah kerana individu perlu lalui proses yang panjang dan mahal sebelum menjadi pemandu. Pemandu yang baru perlu belanjakan sehingga RM500 untuk memperoleh lesen PSV.



Dalam masa yang sama, harga yang dikenakan Grab kepada penumpang terlampau tinggi, kerana permintaan tempahan e-hailing melebihi pemandu yang ada. Maka, ini adalah langkah mereka untuk menambah jumlah pemandu.

Jika anda mahukan kerja fleksibel serta gaji setimpal dengan usaha, menjadi rakan kongsi pemandu Grab merupakan salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.

[Sumber: TheStar, Grab]

[Sumber gambar: Businesstoday]

Bacaan berkaitan

  • Wee Ka Siong nyatakan tambang asas e-hailing tidak dikawal kerajaan, kesesakan antara punca kenaikan
  • Lambat terima makanan yang dipesan dalam talian? Ini mungkin puncanya
  • Bas e-hailing Kumpool kini tersedia di Petaling Jaya, naik sekarang untuk dapatkan perkhidmatan percuma
Tags: E-HailingGrab
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022
Grab tawar bonus sehingga RM1000 untuk pemandu baru

Grab tawar bonus sehingga RM1000 untuk pemandu baru

22 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER