• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wee Ka Siong nyatakan tambang asas e-hailing tidak dikawal kerajaan, kesesakan antara punca kenaikan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:00 am
  • 25/05/2022
  • Komen
Wee Ka Siong nyatakan tambang asas e-hailing tidak dikawal kerajaan, kesesakan antara punca kenaikan
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini, banyak media melaporkan bahawa perkhidmatan e-hailing didakwa menaikkan kadar tambang yang melampau dan membebankan pengguna. Jika dilihat di media sosial juga, ramai penumpang yang mengeluh akibat daripada kenaikan harga ini. Ada yang menyatakan bahawa tambang yang kebiasaannya berharga sekitar RM10 kini meningkat kepada RM22.30.

Melalui satu perkongsian di Facebook, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong ada mengetengahkan beberapa punca hal ini berlaku. Difahamkan terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada hal ini iaitu permintaan dan penawaran yang tidak seimbang serta kesesakan lalu lintas tinggi yang menyebabkan perjalanan lebih lama. Gabungan kedua-dua punca ini telah menjejaskan kualiti perkhidmatan e-hailing.



Selain itu, beliau juga ada mengulas tentang masa menunggu kenderaan e-hailing yang lama. Beberapa syarikat e-hailing telah menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30% berbanding sebelum COVID-19 melanda Malaysia. Hal ini menyebabkan masa menunggu kenderaan di beberapa lokasi menjadi lebih lama daripada biasa.

Sebenarnya perkara ini juga dapat dilihat pada penunggang e-hailing yang menghantar makanan. Saya pernah kongsikan sebelum ini yang penunggang semakin berkurangan, maka ada kemungkinan besar ia ada kaitan dengan kelewatan pelanggan menerima pesanan makanan.



Di samping itu, fasa peralihan ke endemik mulai 1 April lalu juga telah menyebabkan peningkatan mendadak terhadap perkhidmatan e-hailing. Dalam tempoh itu, orang ramai sudah bergerak bebas sekaligus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

Menurut Wee Ka Siong, faktor-faktor ini telah mempengaruhi formula pengiraan tambang yang digunakan oleh pengendali e-hailing (EHO). Ia merangkumi jarak perjalanan, aliran trafik, cuaca, serta penawaran dan permintaan pasaran.

Dari segi peraturan struktur tambang pula, terdapat dua caj iaitu tambang asas dan surcaj. Kerajaan tidak mengawal tambang asas dan surcaj tidak boleh melebihi dua kali ganda daripada tambang asas, dengan mengambil kira kadar waktu puncak dan harga bahan api. EHO dibenarkan untuk menetapkan struktur tambang mereka berdasarkan formula sendiri dan syarat perkhidmatan mereka dengan pengguna dalam pasaran terbuka.

Ada banyak perkhidmatan e-hailing tersedia di Malaysia sekarang, contohnya Grab, MyCar dan AirAsia Ride. Sebagai pengguna, anda boleh bandingkan dahulu harga yang dikenakan oleh platform tersebut, sebelum menempah kenderaan. Jadi, melaluinya bolehlah anda pilih e-hailing yang menyediakan perkhidmatan penghantaran paling murah sebelum menempahnya. Anda juga ada pilihan untuk naik teksi bermeter. Ramai pengguna lain naik teksi bermeter dan bayaran juga lebih murah sebab teksi tiada surcaj kesesakan. Manakala e-hailing lain boleh dikatakan semuanya ada surcaj.

[Sumber: Utusan, We Ka Song]

Tags: E-Hailing
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

30 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Wee Ka Siong nyatakan tambang asas e-hailing tidak dikawal kerajaan, kesesakan antara punca kenaikan

Wee Ka Siong nyatakan tambang asas e-hailing tidak dikawal kerajaan, kesesakan antara punca kenaikan

25 Mei 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER