• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada Visa Furada 2022? Jangan terpedaya promosi di media sosial

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:10 pm
  • 29/06/2022
  • Komen
Tiada Visa Furada 2022? Jangan terpedaya promosi di media sosial
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap individu muslim pasti ada hajat untuk menunaikan ibadat haji. Tapi untuk menunaikannya, pastikan anda berurusan dengan sumber yang dipercayai. Contohnya melalui Tabung Haji. Mereka bantu menguruskan ibadah haji umat Islam di Malaysia dan melaluinya juga anda boleh buat simpanan serta mendaftar sebagai peserta haji dengan mudah. Namun, ada juga yang berkemampuan memilih untuk ke sana dengan menggunakan visa furada.

Apa itu visa furada?

Visa furada ialah visa haji yang diurus sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi secara terus kepada jemaah haji. Ia tidak membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Tabung Haji.



Lazimnya, hanya pihak tertentu sahaja memperolehi visa ini dan ia diproses beberapa hari sebelum tarikh dijadualkan berangkat. Tidak dinafikan, visa Furada dijual pada harga tinggi. Tapi, ada agensi yang bukan dilesenkan dan tidak diiktiraf Tabung Haji menawarkan pakej kononnya visa furada. Mereka ini mensasarkan individu yang mahu segera menunaikan ibadah Haji tanpa kuota Tabung Haji .

Promosi visa furada yang meragukan

Oleh itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menasihatkan supaya umat Islam di Malaysia lebih teliti dan berhati-hati sebelum menggunakan khidmat mana-mana pihak yang menawarkan visa furada bagi menunaikan ibadah haji. Ini bagi mengelakkan individu daripada menjadi mangsa penipuan pihak yang menawarkan pakej haji palsu.



Di samping itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman juga ada mengatakan bahawa sehingga kini Arab Saudi tidak memaklumkan mengenai pengeluaran visa furada musim haji 1443H/2022M dan mereka yang telah membuat pembayaran perlu lebih berhati-hati. Jadi, boleh dikatakan bahawa visa furada tidak wujud untuk tahun ini.

Bernama sebelum ini ada melaporkan hasil tinjauan mereka mengenai promosi visa furada, yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial. Pihak tersebut menjanjikan bakal jemaah berlepas pada 5 Julai. Promosi itu meragukan kerana Arab Saudi telah tetapkan penerbangan terakhir bagi jemaah haji adalah pada 4 Julai. Tarikh itu juga semakin hampir dengan Hari Wukuf.

Malah, mereka juga mensasarkan 80 orang dengan pakej dari RM38 ribu hingga RM56 ribu. Selain itu, mereka turut meminta bayaran pendahuluan RM15 ribu dengan segera kononnya untuk urusan visa di Kedutaan Arab Saudi. Walaupun meminta deposit, tapi wakil syarikat itu menegaskan yang peluang untuk ke sana hanyalah 50-50. Malah, jika individu gagal untuk ke sana, wang akan dikembalikan pada tempoh yang tidak dapat dipastikan.

Promosi tersebut jelas meragukan. Maka, bagi individu yang berniat untuk dapatkan visa furada pada tahun akan datang, anda perlulah sahkan kesahihannya dahulu sebelum lakukan bayaran. Hal ini bagi mengelakkan daripada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Selain itu, masyarakat juga diingatkan untuk memastikan agar visa yang diberikan sememangnya asli dan ada penerbangan serta penginapan disediakan di sana.

[Sumber: BH, Bernama]

[Sumber gambar: NST]

Tags: hari raya hajiSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tiada Visa Furada 2022? Jangan terpedaya promosi di media sosial

Tiada Visa Furada 2022? Jangan terpedaya promosi di media sosial

29 June 2022
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN