• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Forerunner 955 & Forerunner 255: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:39 pm
  • 29/06/2022
  • Komen
Garmin Forerunner 955 & Forerunner 255: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diumumkan di pentas antarabangsa awal bulan ini, hari ini Garmin Malaysia melancarkan jam kecergasan terbaru mereka, Foreunner 955 dan Forerunner 255. Ini juga adalah model pertama dalam keluarga Forerunner yang dilengkapi panel solar.

Harga dan tarikh jualan

Kesemua model Garmin Forerunner 955 dan 255 yang dilancarkan ini, telah sedia dibeli di Malaysia hari ini. Antara platform yang menjualnya adalah di AECO e-store, Stor Garmin di Lazada & Shopee serta pengedar sah Garmin di seluruh negara.



Harga jualan yang disyorkan adalah seperti berikut:

  • Garmin Forerunner 955 Solar – RM2,970
  • Garmin Forerunner 955 – RM2,470
  • Garmin Forerunner 255 Music – RM1,970
  • Garmin Forerunner 255s Music – RM1,970
  • Garmin Forerunner 255 – RM1,730
  • Garmin Forerunner 255s – RM1,730

Spesifikasi Forerunner 955

Buat pertama kalinya, Garmin melengkapi siri Forerunner dengan panel solar. Ia adalah Power Glass yang serupa boleh anda temui dalam salah satu varian dalam keluarga Fenix 7 dan Instinct 2. Hasilnya, jangka hayat bateri kini boleh mencapai 20 hari untuk kegunaan tanpa GPS ataupun 49 jam ketika GPS diaktifkan.



Garmin turut menambah baik sensor penerima isyarat satelit penjejak. Ia kini menerima isyarat daripada pelbagai gugusan satelit penjejak untuk jadikan koordinat lebih tepat.

Daripada segi fizikaliti, kumpulan 955 miliki panel paparan lebih besar iaitu 1.3-inci berbanding 1.3-inci pada 945. Ia masih kekal jenis transliflektif (MIPS). Di bahagian dalam, sensor-sensor yang sama masih hadir iaitu:

  • GPS
  • GLONASS
  • GALILEO
  • Multi-Frequency Positioning
  • Garming Elevate
  • Barometric + Altimeter
  • Kompas
  • Giroskop
  • Akselerometer
  • Thermometer
  • Pulse Ox

Ciri-ciri ini sangat mirip pada Fenix 7, bezanya keluarga Fenix ada badan lebih lasak berbanding Forerunner yang majoritinya plastik.

Spesifikasi Forerunner 255

Forerunner 255 adalah model kelas pertengahan yang dijual pada harga lebih mampu milik. Imbuhan S di hujung 255 membawa maksud muka jam yang lebih kecil. Forerunner 255s ada panel paparan 1.1-inci jenis MIPS dan badan lebar 41mm, manakala Forerunner 255 ada panel paparan 1.3-inci dan lebar badan 46mm.

Model “Music” pula merujuk kepada kehadiran storan dalaman yang boleh digunakan untuk menyimpan muzik dan didengari walaupun tanpa sambungan Internet. Kedua-dua varian jam boleh memainkan Spotify dan berhubung dengan earphone Bluetooth sewaktu beraktiviti.

Keluarga Forerunner 255 turut dibarisi sensor-sensor yang sama macam Forerunner 955. Anda beroleh:

  • GPS
  • GLONASS
  • GALILEO
  • Multi-Frequency Positioning
  • Garming Elevate
  • Barometric + Altimeter
  • Kompas
  • Giroskop
  • Akselerometer
  • Thermometer
  • Pulse Ox
Tags: garmingarmin forerunner 255garmin forerunner 955
Najib

Najib

POPULAR

Garmin Forerunner 955 & Forerunner 255: Maklumat penjualannya di Malaysia

Garmin Forerunner 955 & Forerunner 255: Maklumat penjualannya di Malaysia

29 June 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER