• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM benarkan Celcom dan Digi bergabung, hanya jika tiada isu persaingan

  • OLEH Najib
  • 10:40 am
  • 29/06/2022
  • Komen
SKMM benarkan Celcom dan Digi bergabung, hanya jika tiada isu persaingan
Share on FacebookShare on Twitter

Usaha menggabungkan Celcom dan Digi telah diumumkan secara rasmi pada bulan April 2021. Hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyatakan kebenaran dan tiada bantahan untuk penggabungan dua gergasi syarikat telekomunikasi (telco) ini. Tetapi dengan syarat yang ketat.

Sebelum mengeluarkan kenyataan ini, SKMM telah menjalankan penilaian menyeluruh terhadap cadangan ini. Ini kerana Celcom dan Digi merupakan telco kedua dan ketiga terbesar pada masa kini dan penggabungan ini akan menghasilkan pengendali perkhidmatan mudah alih yang terbesar di Malaysia.



Celcom dan Digi berjanji akan atasi isu persaingan

Pada 1 April 2022, SKMM telah mengeluarkan Pernyataan Isu kepada Pemohon selaras dengan Garis Panduan Penggabungan dan Pengambilalihan bertarikh 17 Mei 2019 untuk menangani kebimbangan bahawa penggabungan ini akan atau berkemungkinan mengurangkan persaingan dengan ketara dalam sesetengah pasaran komunikasi yang telah dikenal pasti oleh SKMM.

Justeru, Pemohon telah mengemukakan suatu aku janji yang mengandungi komitmen Pemohon untuk mengatasi isu-isu persaingan yang telah diketengahkan oleh MCMC di dalam Pernyataan Isu. MCMC telah mempertimbangkan komitmen yang ditawarkan oleh Pemohon dan berpuas hati bahawa ia akan mengurangkan dengan signifikan isu-isu persaingan yang akan atau mungkin timbul akibat penggabungan ini.



Pulangkan spektrum, kekal MVNO dan jual Yoodo

Antara yang dipersetujui gabungan ini adalah, memulangkan sebanyak 70MHz jalur spektrum kepada SKMM dalam tempoh 3 tahun iaitu:

  1. 10MHz dalam jalur 1,800MHz
  2. 20MHz dalam jalur 2,100MHz
  3. 40MHz dalam jalur 2,600MHz

Gabungan juga akan mengekalkan akses dan perjanjian sedia ada yang serupa kepada penyedia talian maya (MVNO). Antara MVNO di bawah Celcom dan Digi adalah TuneTalk, RedOne dan XOX. Tetapi satu unit perniagaan baru akan ditubuhkan untuk urusan MVNO sahaja.

Gabungan turut perlu melepaskan perniagaan dan jenama Yoodo menerusi bidaan, dalam tempoh 18 bulan. Pemilik baru mestilah bebas dari kaitan dengan gabungan atau pemegang taruh gabungan. Gabungan juga tidak boleh membangunkan lagi jenama Yoodo.

Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai aku janji gabungan Celcom dan Digi untuk mengelakkan isu persaingan timbul, boleh membacanya di sini.

[Sumber: SKMM]

Tags: celcomdigiSKMM
Najib

Najib

POPULAR

SKMM benarkan Celcom dan Digi bergabung, hanya jika tiada isu persaingan

SKMM benarkan Celcom dan Digi bergabung, hanya jika tiada isu persaingan

29 June 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN