• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BigPay kembali benarkan tambah nilai kad kredit hingga RM10 ribu, dengan caj sangat kecil

  • OLEH Najib
  • 1:12 pm
  • 30/06/2022
  • Komen
BigPay kembali benarkan tambah nilai kad kredit hingga RM10 ribu, dengan caj sangat kecil
Share on FacebookShare on Twitter

BigPay adalah perkhidmatan kad prabayar yang popular kerana ia menawarkan tambah nilai menggunakan kad kredit, sesuatu yang sukar ditemui pada kad prabayar lain. Semasa pertama kali dilancarkan, had tambah nilai kad kredit adalah RM10,000 tetapi ia dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga RM1,000 sahaja. Had ini dikurangkan kerana caj kad kredit yang tinggi.

Tetapi kini BigPay mengumumkan mereka kembali membenarkan tambah nilai kad kredit, sehingga RM10,000 sebulan. Tetapi dengan syarat, ia akan dikenakan sedikit caj.



Menurut BigPay, tambah nilai melalui kad kredit sebanyak RM1,000 sebulan masih akan diberikan percuma. Tetapi akan ada caj 1% dikenakan bagi tambah nilai kad kredit melebihi RM1,000.

Contohnya, anda tambah nilai menggunakan kad kredit sebanyak RM2,000, akan dikenakan caj 1% (RM10) ke atas lebihan RM1,000. Jika anda tambah nilai sekaligus RM10,000, caj 1% adalah sebanyak RM90. Caj ini akan dikenakan ke atas tambah nilai yang dibuat.



BigPay menjelaskan, caj ini akan membantu mereka menjalankan operasi tambah nilai dengan lebih lancar dan memastikan ia selamat di dalam dompet BigPay pengguna. BigPay turut menerangkan, kad prabayar mereka adalah pilihan terbaik untuk berbelanja di luar negara kerana caj kadar tukaran matawang kad kredit selalunya sangat mahal, sehingga 3% caj tambahan dikenakan.

Agak menarik apabila BigPay turut menasihatkan pengguna untuk menggunakan tambah nilai kad kredit di BigPay sebagai satu bentuk tunai pendahuluan (cash advance). Ini kerana kad kredit biasanya mengenakan caj pengeluaran tunai sekurang-kurangnya 5%, selain kadar bunga setinggi 18%. Pengguna BigPay boleh mengelakkan caj yang tinggi ini dengan kad prabayar BigPay, tetapi mengingatkan supaya pengguna membayar bil kad kredit mengikut waktunya.

Untuk maklumat lanjut, semak ruangan soalan lazim FAQ BigPay.

[Sumber: BigPay]

Bacaan Berkaitan

  • BigPay turunkan had tambah nilai kad kredit ke RM1,000
  • Pengguna BigPay boleh tambah nilai secara tunai di 7-Eleven, dengan caj 2%
  • BigPay menyokong DuitNow QR dan DuitNow Transfer, hantar dan terima wang sekelip mata
  • BigPay lancar Cash Pickup, penghantaran tunai tanpa bank di Indonesia dan Filipina
Tags: bigpay
Najib

Najib

POPULAR

BigPay kembali benarkan tambah nilai kad kredit hingga RM10 ribu, dengan caj sangat kecil

BigPay kembali benarkan tambah nilai kad kredit hingga RM10 ribu, dengan caj sangat kecil

30 June 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN