• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna BigPay boleh tambah nilai secara tunai di 7-Eleven, dengan caj 2%

  • OLEH Najib
  • 9:44 am
  • 19/02/2021
  • Komen
Pengguna BigPay boleh tambah nilai secara tunai di 7-Eleven, dengan caj 2%
Share on FacebookShare on Twitter

BigPay, platform kad prabayar dengan pelbagai fungsi kewangan, hari ini melancarkan satu lagi saluran untuk tambah nilai. Pengguna BigPay boleh menambah wang ke dalam akaun BigPay mereka di kedai 7-Eleven, dengan lebih 2,400 cawangan di seluruh Malaysia.

Cara ini hampir serupa dengan pembayaran tunai yang ditawarkan oleh Shopee. Pembeli produk di platform e-dagang Shopee, memiliki pilihan untuk membuat pembayaran tunai untuk pembelian terpilih di 7-Eleven.



Menurut pengasas bersama BigPay, Salim Dhanani, untuk memastikan semua orang mampu menggunakan perbankan digital, membolehkan wang tunai dimasukkan ke dalam akaun BigPay adalah satu langkah yang besar ke arah itu. 7-Eleven juga memiliki cawangan yang lebih banyak dari kebanyakan bank tempatan di seluruh Malaysia. Ini memberi kelebihan unik kepada BigPay dalam menyediakan perkhidmatan kewangan di seluruh Malaysia.

Walaubagaimanapun, ada beberapa syarat perlu dipatuhi untuk tambah nilai tunai di 7-Eleven.



  1. Pengguna dikenakan caj 2%. Jika menambah nilai RM100, pengguna dicaj RM2 dan menerima hanya RM98 di dalam akaun.
  2. Had tambah nilai tunai harian adalah RM2,500. Manakala had tambah nilai dalam satu transaksi ialah minima RM20 dan maksima RM250.

Jika anda memahami dan bersetuju dengan syarat ini, maka anda bolehlah membuat tambah nilai tunai di 7-Eleven. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi BigPay dan tekan pada tambah nilai.
  2. Masukkan jumlah tambah nilai yang diingini (antara RM20-RM250) dan tekan Next.
  3. Pilih Cash at 7-Eleven.
  4. Seterusnya, pergi ke mana-mana cawangan 7-Eleven berhampiran anda dan tekan Confirm and pay untuk mencipta kod bar.
  5. Tunjukkan kepada juruwang dan buat bayaran. Wang akan dimasukkan ke dalam akaun BigPay dalam masa 5 minit.

Selain tambah nilai secara tunai, pengguna BigPay boleh membuat tambah nilai menerusi kad debit, kad kredit dan perbankan dalam talian. Tiada had tambah nilai dikenakan untuk kad debit dan perbankan dalam talian, tetapi kad kredit dikenakan had sebanyak RM1,000 sahaja sebulan.

BigPay bukan sahaja menawarkan pekhidmatan kad prabayar yang berfungsi seperti kad debit, tetapi banyak perkhidmatan kewangan lain. Antaranya penghantaran wang ke bank di dalam dan luar negara, serta pembayaran bil. BigPay juga merancang untuk memperkenal fungsi penghantaran wang melalui DuitNow, serta pinjaman wang tidak lama lagi.

Bacaan Berkaitan

AirAsia bakal tawar servis pinjaman wang melalui BigPay
Pengguna BigPay boleh hantar wang dan membayar dengan DuitNow QR tidak lama lagi
BigPay tambah fungsi bayar bil dalam aplikasi
Tags: 7-Elevenbigpay
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna BigPay boleh tambah nilai secara tunai di 7-Eleven, dengan caj 2%

Pengguna BigPay boleh tambah nilai secara tunai di 7-Eleven, dengan caj 2%

19 February 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN