• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BigPay kini boleh hantar wang dari Malaysia ke China dalam masa 15 minit

  • OLEH Najib
  • 2:13 pm
  • 29/07/2020
  • Komen
BigPay kini boleh hantar wang dari Malaysia ke China dalam masa 15 minit
Share on FacebookShare on Twitter

BigPay, perkhidmatan kad prabayar serta penghantaran wang tempatan dan antarabangsa, kini mengumumkan bahawa mereka telah menambah negara China dalam senarai penghantaran wang antarabangsa. Penghantaran wang ini juga sangat pantas, boleh diterima pengguna di China dalam masa 15 minit sahaja.

Perkhidmatan penghantaran wang ini dibuat menerusi Alipay. Untuk menghantar wang, apa yang anda perlukan ialah nama penerima dan ID Alipay mereka. Ia akan dihantar ke akaun kad UnionPay yang dihubungkan ke ID Alipay mereka. Jika mereka masih belum menghubungkan kad UnionPay, ia perlu dibuat dalam masa 24 jam selepas penghantaran wang dibuat.



Menurut BigPay, proses penghantaran mengambil masa sehingga 15 minit dan ia boleh dibuat setiap hari, dari hari Isnin hingga hari Ahad, termasuk hari cuti umum. Sebagai pengenalan, BigPay tidak mengenakan sebarang caj untuk penghantaran pertama. Manakala untuk penghantaran seterusnya, pengguna dikenakan caj tetap, RM23 untuk sebarang nilai penghantaran.

Tambah BigPay lagi, perkhidmatan mereka mengenakan kos yang sangat rendah dan telus untuk menghantar wang ke luar negara. Pengguna dapat melihat berapa kadar tukaran yang dikenakan, berapa wang yang diterima dan berapa penjimatan yang diperoleh. Malah, ia adalah 4.5-7% lebih murah dari kebanyakan perkhidmatan bank lain.



Dari data Bank Dunia, BigPay menjelaskan bawah sebanyak USD 345 juta (~RM1.46 bilion) wang dihantar dari Malaysia ke China setiap tahun. Menggunakan akses Alipay di China, pengguna BigPay kini berpeluang untuk menghantar wang kepada 900 juta penduduk China.

Selain China, pengguna BigPay turut boleh menghantar wang kepada pengguna di Bangladesh, India, Indonesia, Nepal, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam. Tetapi negara berlainan mengambil masa yang berbeza untuk menerimanya, jadi semak betul-betul sebelum menghantar wang antarabangsa.

BigPay juga sebelum ini telah mengurangkan had tambah nilai melalui kad kredit, kepada RM2,500 sebulan. Pada awal pelancarannya, had tambah nilai melalui kad kredit ialah RM10,000. Walaubagaimanapun, tambah nilai tanpa had masih boleh dilakukan menggunakan kad debit dan perbankan online.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web BigPay sekarang.

Sumber: BigPay

Tags: Alipaybigpay
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER