Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

AirAsia bakal tawar servis pinjaman wang melalui BigPay

Selain servis e-wallet yang ada kad prabayar, BigPay bakal luaskan lagi cakupan servis mereka ke institusi peminjam wang berlesen apabila mereka beroleh lesen operasi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain Big Pay Later Sdn. Bhd. 7 entiti lain yang terima lesen yang sama ialah:

  • Axiata Digital Capital Sdn. Bhd.
  • Grabfin Operation (M) Sdn. Bhd.
  • GHL Payments Sdn. Bhd.
  • Presto Credit Sdn. Bhd.
  • JCL Credit Leasing Sdn. Bhd.
  • Fortune Tree Capital Sdn. Hd.
  • Hoop Fintech Sdn. Bhd.

Perkara gembira itu dikongsikan sendiri CEO AirAsia Group, Tony Fernandes. Beliau mengatakan yang ini adalah talian hayat kepada kumpulan tersebut dan dalam pada masa yang sama mungkin jadi talian hayat kepada pelanggannya yang sedang mencari peluang untuk mulakan perniagaan.

Ada benarnya beliau katakana demikian kerana dalam tahun 2020, AirAsia Group masih belum mencatatkan apa-apa keuntungan. Dalam suku 1, mereka dilapor mengalami kerugian RM967.15 juta manakala suku kedua RM992.9 juta.

Bukan itu saja, sejurus laporan Q1 dibentangkan, saham AirAsia Group telah dihentikan urusniaga pada awal Julai 2020 lalu.

Tidaklah diketahui kenpa syarikat yang tiada wang pun untuk bayar kos operasinya sendiri ingin terlibat dengan perniagaan “menjual” hutang. Namun dana untuk mereka wujudkan satu cabang perniagaan baru tersebut mungkin daripada satu pinjaman yang baru saja mereka proleh dari Bank Pembangunan Sabah Berhad sebanyak RM300 juta.

[Sumber: TheEdgeMarkets]

BACA  E-baucar RM50 Air Asia menanti 24,000 pelancong domestik