• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Projektor Gaming Acer ini lontarkan imej 4K atau 240Hz pada harga serendah RM4,699

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:16 pm
  • 30/06/2022
  • Komen
Projektor Gaming Acer ini lontarkan imej 4K atau 240Hz pada harga serendah RM4,699
Share on FacebookShare on Twitter

Projektor adalah salah satu solusi untuk mencapai saiz paparan yang besar. Namun, agak sukar untuk cari yang ada spesifikasi tinggi bagi memenuhi keperluan gaming. Acer ada satu projektor yang mungkin memenuhi keperluan anda iaitu Acer Predator Projector GD711.

Harga Acer Predator Projector GD711 di Malaysia

Anda boleh dapatkan projektor gaming ini pada harga RM4,999. Tapi, sekiranya anda dapatkannya sebelum 3 Julai 2022, harganya adalah RM4,699.



Anda boleh dapatkan Acer Predator Projector GD711 melalui gedung dalam talian mereka, pengedar sah diseluruh negara, ataupun berkunjung ke jerayawara yang berlangsung sehingga 3 Julai 2022 di Sunway Pyramid.

Anda juga boleh menebus ganjaran mengikut Tier. Yang paling lumayan, anda beroleh kredit TnG eWallet bernilai RM250 atau kad pemberian Netflix bernilai RM255 atau Acer Gateway Pro Wireless Headset bernilai RM239 atau kredit Steam Wallet bernilai RM250.



Spesifikasi Acer Predator Projector GD711

Projektor ini mampu melontarkan imej pada resolusi 4K pada paras 120Hz. Anda turut boleh menikmati kadar segar semula pada paras 240Hz dengan syarat resolusi lontaran imej diturunkan kepada FHD. Ia bagi menjamin fenomena tearing yang keterlaluan pada imej sewaktu menggunakannya.

Bukan setakat memiliki resolusi tinggi, kecerahan lontarannya pula mencapai 1,450 ANSI lumens. Kalau anda nak bandingkan dengan Samsung The FreeStyle yang ada paras harga RM4,999 juga, memang bagai langit dengan bumi. Sebagai perbandingan, The FreeStyle ada cuma 250 ANSI lumen dan melalui pandu uji kami, ia perlukan ruang yang betul-betul gelap untuk dimanfaatkan.

Cumanya, projektor ini nyata lebih besar berbandung produk Samsung itu.

Projektor kenit ini harganya RM4,999

Ada macam-macam mode lontaran boleh anda gunakan bergantung kepada kandungan yang ingin dipancarkan. Ia ada Football Mode untuk penghasilan warna yang lebih padu. Game Mode pula digunakan bagi meminimumkan sela masa input antara sumber dengan paparan.

Antara port I/O yang anda temui pada badannya adalah seperti 2 HDMI, 2 USB-A, dan jek audio 3.5mm.

Projektor ini juga ada ciri pintar macam The Freestyle. Anda boleh pasang aksesori Wi-Fi dan pasang aplikasi seperti Netflix dan pelbagai servis penstirman lain untuk melayani kandungan multimedia tanpa perlu disalurkan melalui port HDMI.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Aceracer predatoracer predator projectorgamingprojektor
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

31 Julai 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER