• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

  • OLEH Najib
  • 10:14 am
  • 01/07/2022
  • Komen
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah mendedahkan bahawa kerajaan akan membuat pengumuman rasmi berkenaan laporan tentang enam syarikat telekomunikasi (telco) akan menandatangani perjanjian berkaitan Digital Nasional Berhad (DNB).

Semasa menyatakan perkara tersebut, Annuar menjelaskan kepada wartawan bahawa pengumuman itu akan dibuat tidak lama lagi, berkenaan penjualan 70% pegangan di dalam DNB kepada enam telco. Dia menambah, telco yang terlibat telah mencapai persefahaman dan semuanya akan dimuktamadkan pada minggu hadapan, 8 Julai. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diberikan, termasuk sama ada empat telco utama akan diberikan pegangan majoriti seperti yang mereka inginkan.



Jika anda belum tahu, DNB adalah syarikat khusus kerajaan yang diberi mandat untuk membangunkan rangkaian 5G di Malaysia. Bermakna, hanya DNB diberikan spektrum untuk rangkaian 5G dan telco lain hanya boleh menawarkan perkhidmatan 5G menerusi perjanjian borong dengan DNB.

Selepas berbulan-bulan ditangguhkan, kerajaan Malaysia pada bulan Mac telah mengumumkan akan meneruskan pembangunan 5G bersama DNB sebagai penyedia borong tunggal rangkaian (SWN). Kementerian Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan akan mengurangkan pegangan di dalam DNB dari 100% kepada 30% sahaja, memberi peluang kepada telco untuk mengambil alih pegangan 70%.



Empat telco utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile menyatakan persetujuan terhadap cadangan pengambilalihan tetapi mahukan ia dilakukan menerusi Proses Penggabungan dan Pengambilalihan.

Empat telco utama Malaysia sebelum ini enggan menandatangani perjanjian dengan DNB dan telah membangkitkan kebimbangan mereka tentang harga tawaran akses rujukan (RAO) yang tidak memberi kualiti perkhidmatan 5G yang mampu milik kepada rakyat. Selain itu, masalah yang dibangkitkan seperti ketelusan perjanjian, rangka kawal selia dan jumlah kos menyewa akses dari DNB yang mungkin lebih mahal daripada membangunkan rangkaian 5G sendiri. Menurut laporan CGS-CIMB, DNB menjangkakan bayaran daripada Maxis, Celcom dan Digi sekitar RM7.4- RM8.4 bilion setiap satu, antara 2022 hingga 2030.

Straits Times ada melaporkan bawah telco akan menikmati diskaun untuk harga borong DNB sehingga 80% liputan 5G dicapai, tetapi masalah yang mungkin timbul nanti adalah harga yang perlu dibayar pengguna selepas liputan 5G meluas mungkin lebih tinggi. Kebiasaannya, kos data menurun mengikut masa kerana penggunaan data meningkat setiap tahun. Contohnya, data 4G dahulu mencecah RM30 setiap GB pada 2013 tetapi hari ini, 1GB 4G hanya RM1 atau lebih murah.

Meskipun TM dan YTL dilaporkan telah bersetuju dengan pengambilalihan pegangan DNB, sebenarnya TM masih mengkaji perjanjian tersebut. Buat masa ini, hanya YTL Communications menerusi Yes 5G telah menyediakan perkhidmatan 5G menggunakan rangkaian DNB.

[Sumber: CNA]

Tags: 5gAnnuar MusaDNB
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER