• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Edge 1040 Solar, gajet penjejak sukan basikal tercanggih dengan solar dan sokongan multifrekuensi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:57 pm
  • 07/07/2022
  • Komen
Garmin Edge 1040 Solar, gajet penjejak sukan basikal tercanggih dengan solar dan sokongan multifrekuensi
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin telah mengumumkan gajet penjejak untuk basikal Garmin Edge 1040 Solar. Dua ciri paling unik produk ini adalah ia penjejak sukan basikal pertama yang dilengkapi panel solar dan juga yang pertama menyokong isyarat satelit penjejak multifrekuensi.

Panel solar pada gajet bukanlah sesuatu yang baharu buat Garmin. Mereka sudahpun mula meletakkan panel solar pada jam tangan seperti Garmin Fenix dan Forerunner.



Berbekalkan bateri penuh dan panel solar, alat ini mampu beroperasi selama sehingga 45 jam dalam mode GPS.

Kemudian, Edge 1040 Solar mampu terima isyarat satelit berbilang frekuensi daripada gugusan GPS, GLONASS, dan GALILEO. Manfaat sokongan berbilang frekuensi adalah kualiti menjejak yang lebih baik walaupun berada di kawasan berbanggunan ataupun pokok tebal.



Selain daripada dua benda itu, penggemar sukan berbasikal juga menerima fungsi lengkap yang sebuah penjejak aktiviti perlu ada. Mereka boleh mengakses pelbagai metrics daripada Firstbeat Analytics seperti VO2 max, waktu pemulihan, beban Latihan, fokus, dan macam-macam lagi.

Sambungan Bluetooth boleh digunakan untuk berhubung dengan sensor tambahan pada basikal manakala Wi-FI boleh digunakan untuk mengemas kini peta ke dalam storan seluas 64GB yang dimilikinya.

Garmin Edge 1040 Solar dijual pada harga RM3,699 manakala versi bukan solar pada harga RM3,499. Anda boleh dapatkanya melalui gedung-gedung dalam talian Garmin ini.

Berikut adalah beberapa pilihan Garmin Edge yang lebih murah:

  • Edge 130 Plus – RM940
  • Edge 530 – RM1,450
  • Edge 830 – RM1,940
  • Edge 1030 Plus Bundle – RM3,299
Tags: garmingarmin edgegarmin edge 1040garmin edge 1040 solarsukan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Garmin Edge 1040 Solar, gajet penjejak sukan basikal tercanggih dengan solar dan sokongan multifrekuensi

Garmin Edge 1040 Solar, gajet penjejak sukan basikal tercanggih dengan solar dan sokongan multifrekuensi

7 July 2022
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN