• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Plus jangka kenderaan bertambah di lebuh raya pada cuti Aidiladha, ikut jadual perjalanan ini untuk elak kesesakan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:40 pm
  • 08/07/2022
  • Komen
PLUS jawab kenapa laluan RFID Jalan Duta beratur panjang Isnin lepas
Share on FacebookShare on Twitter

Anda ada rancang untuk pulang ke kampung atau berjalan jauh sempena cuti Hari Raya Aidiladha ini? Jika ya, anda disarankan untuk ikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) di Lebuhraya Utara-Selatan yang disediakan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ini, bermula 7 Julai sehingga 12 Julai 2022.

Jadual ini dihasilkan untuk mengagihkan trafik pada musim perayaan nanti serta mengelakkan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak. Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi mengatakan bahawa mereka menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya setiap hari semasa musim cuti Aidiladha, berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari biasa.



Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)

Berdasarkan jadual TTA yang dikongsikan, bermula 7 sehingga 10 Julai, pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 10:00 pagi. Bagi yang menuju ke negeri lain, anda dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1:00 petang.

Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang pada 10 sehingga 12 Julai, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi.



Jelas Datuk Zakaria, berdasarkan kajian mereka, pengguna lebuh raya dijangka alami tempoh perjalanan dua kali lebih panjang berbanding perjalanan biasa jika tidak mematuhi jadual TTA untuk kembali semula ke Lembah Klang.

Dapatkan maklumat trafik sebelum mula perjalanan

Untuk memastikan anda tiba ke destinasi pada waktu yang diingini, anda boleh dapatkan maklumat trafik melalui aplikasi PLUS. Muat turun aplikasi ini di Apple App Store atau Google Play Store. Melaluinya, anda berpeluang untuk lihat sendiri paparan kamera CCTV yang menunjukkan keadaan trafik di lebuh raya. Maka, anda bolehlah mulakan perjalanan jika trafik lancar. Malah, ada juga halaman berita trafik disediakan, beserta kalkulator tol untuk memudahkan anda mendapat jumlah bayaran tol apabila menggunakan lebuh raya.

Di samping itu, dapatkan juga maklumat trafik terkini menerusi Twitter rasmi PLUS, talian PLUSLine di 1800-88-0000, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih dan melalui laporan trafik di siaran-siaran radio utama negara.

Jika lokasi yang bakal anda kunjungi itu sangat jauh, maka lebih baik anda ikut jadual TTA ini, serta buat persiapan yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan yang lebih panjang dan sibuk. Guna aplikasi Waze atau Google Maps untuk rancang perjalanan anda. Pastikan baki kad Touch ‘n Go, atau e-Wallet anda mencukupi untuk transaksi tol supaya perjalanan lebih lancar.

[Sumber: Plus]

Tags: hari raya hajiplus
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

PLUS jawab kenapa laluan RFID Jalan Duta beratur panjang Isnin lepas

Plus jangka kenderaan bertambah di lebuh raya pada cuti Aidiladha, ikut jadual perjalanan ini untuk elak kesesakan

8 July 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN