• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT2 Master Explorer Edition dilapor yang pertama guna LPDDR5X

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:45 pm
  • 08/07/2022
  • Komen
Realme GT2 Master Explorer Edition dilapor yang pertama guna LPDDR5X
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar telefon Realme telah mengumumkan yang Realme GT2 Master Explorer Edition yang bakal mereka lancarkan tak lama lagi adalah telefon Android yang pertama menggayakan modul RAM LPDDR5X. Ia tidaklah mengejutkan kerana kami telah laporkan sekitar November 2021 lalu yang Samsung sudahpun mula memasarkan modeul LPDDR5X mereka.

Antara manfaat yang bakal diketengahkan LPDDR5X berbanding LPDDR5 adalah kapasiti RAM yang boleh pergi sehingga 64GB melalui modul 16GB. Jalur pemproses juga sekitar 32% lebih lebar pada 8.5Gbps, tapi pada penggunaan 20% kurang tenaga untuk lakukan tugasan yang sama.



Berita tentang penggunaan RAM LPDDR5X oleh Realme itu dikongsikan di laman Weibo beserta beberapa maklumat penting tentang spesifiki Realme GT2 Master Explorer Edition. Selain RAM, kita juga ketahui bahawa telefon ini diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 1 dan dilengkapi RAM 8GB dan storan 256GB.

Realme juga berbangga mengatakan ini adalah telefon pertama yang di dalam kotak pembelian disertakan kepala pengecas 100W berasaskan teknologi Gallium Nitride. Sekiranya benar, kita boleh jangkakan saiz kepala pengecas yang lebih kecil berbandign pengecas 100W berteknologi biasa.



Blok pengecas yang disediakan itu akan mengisi bateri berkapasiti 5,000mAh.

Realme GT2 Master Explorer Edition akan dilancarkan di China pada 14 Julai 2022.

Sumber: Weibo, Notebookcheck

Tags: lpddr5xRealmerealme gt2realme gt2 explorer master edition
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Realme GT2 Master Explorer Edition dilapor yang pertama guna LPDDR5X

Realme GT2 Master Explorer Edition dilapor yang pertama guna LPDDR5X

8 July 2022
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN