• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y77 dilancar, ada 5G dan storan luas 256GB

  • OLEH Najib
  • 2:57 pm
  • 08/07/2022
  • Komen
Vivo Y77 dilancar, ada 5G dan storan luas 256GB
Share on FacebookShare on Twitter

Siri-Y, peranti kelas pertengahan Vivo kini menerima keluarga baru apabila Vivo Malaysia mengumumkan kedatangan Vivo Y77 5G. Ciri-ciri menarik yang ada padanya adalah seperti kamera 50MP, storan luas 256GB serta sokongan 5G.

Harga jualan dan promosi

Vivo tidak menjual terus telefon ini pada hari pengumuman. Sebaliknya membuka tempahan awal selama seminggu. Sudah pasti, hadiah percuma disediakan untuk pembeli tempahan awal.



Harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Vivo Y77 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,299

Hadiah percuma yang diberikan bernilai RM597 iaitu baucar dari jenama seperti Hisense, Rever dan Gravatar, fon telinga TWS Foomee, jaminan tambahan tahun kedua serta perlindungan skrin selama setahun.



Mereka yang berminat untuk membuat tempahan awal, boleh berbuat demikian di E-Store Vivo Malaysia dan Stor Flagship Rasmi Vivo Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Vivo Y77 5G

Telefon kelas pertengahan ini dikuasakan cip kelas yang sama, Mediatek 810 5G. Ia dibekalkan bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Kad mikroSD diterima di dalam slot hibrid.

Telefon ini menggunakan skrin LCD HD Penuh, berukuran 6.58-inci dan kadar penyegaran 60Hz sahaja. Takuk kecil di dahi menunjukkan prestasi rendah telefon ini di bahagian paparan.

Tambah kurang menarik apabila ia ada dua sahaja kamera belakang iaitu kamera utama 50MP dengan sensor Samsung ISOCELL JN1, beserta kamera makro 2MP. Tiada kamera ultra lebar apatah lagi kamera telefoto. Kamera hadapan yang terletak di dalam takuk pula memiliki resolusi 16MP.

Bateri yang diletakkan di dalam Vivo Y77 5G berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Speaker hanya ada satu tetapi masih ada jek audio 3.5mm.

Badannya diperbuat daripada plastik dan Vivo menyediakan dua pilihan warna yang menawan. Warna pertama adalah Hitam seperti kerlipan bintang di langit malam. Warna kedua pula dipanggil Glowing Galaxy yang berubah-ubah mengikut sudut pandangan berbeza.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Vivo Y77 5G.

Tags: vivoVivo Y77
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Vivo Y77 dilancar, ada 5G dan storan luas 256GB

Vivo Y77 dilancar, ada 5G dan storan luas 256GB

8 Julai 2022
Takut orang tangkap layar mesej ‘View Once’ anda? WhatsApp akan menghalangnya

Takut orang tangkap layar mesej ‘View Once’ anda? WhatsApp akan menghalangnya

11 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER